بسم الله الرحمن الرحيم
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
16 comments:
sedihnya...sungguh berat ujiannya...
kasihan ye. moga anak tu cepat sembuh. tersentuh hati melor.amin
Ini ujian Allah SWT. Ujian buat ibunya yang akan menghadapi kesukaran dalam penjagaannya, untuk membesarkannya.. Walauapa keadaan anak itu nanti, terimalah dia, belailah dia sebagaimana anak2 yang sempurna.. Wallahu a'lam.
salam.sebagai ikhtiar,puan boleh mencuba produk keluaran gano Excel iaitu ganoderma dan excellium.Excellium dapat membekalkan oksigen melebihi 4000ppm. InsyaAllah!
Salam ziarah..
Sedih...pilu...Insyaallah. Alfatihah. Semoga cepat sembuh. Semuga diberi ketabahan hati dan kekuatan semngat. Amin.
Sdr Bujang,
Terima kasih dengan maklumat yang telah diberikan. Berita tersebut telah saya paparkan di blog saya http://e-direktori.blogspot.com
InsyaAllah, saya akan menghubungi beliau setelah mengumpul beberapa maklumat yang mungkin dapat membantu.
amat sedih,,,,saya jugak akan msukkan dlm entry sy,,,mnitis air mata,,amat besar dugaan,,,arap puan dan anaknya sabar dlm menempuhi ujian
Astagfirullah al a zim allazila i lah ha i llahualhaiyul koyyum waatubu i laih
Al Fatihah...semoga anak ini cepat sembuh...amin.
Subhanallah...doa akak agar Cikgu tabah menghadapi ujian dari Allah ya...insyaallah sama2lah kita berdoa ya...wslm.
Ingat yaa..dik jgn sesekali terlalai dari mensyukuri apa2 pun ujian dariNya.
dengan rajinnya kita bersama-sama berdoa untuk kesehatan Hana dan upaya keras dari tindakan medis yg dilaKukan oLeh ahlinya, insya Allah dapat mempercepat untuk kesembuhan dari semua yg sedang di derita Hana, serta dapat meningkatkan ketabahan kedua orang tuanya. amin.
suatu keyakinan yg tidak dapat di ukur oLeh materi adaLah semua kesuLitan merupakan ujian dari Allah untuk hamba2-Nya yg disayangi, dan Allah tidak akan memberikan ujian di Luar dari batas kemampuan manusia, serta tidak ada obat yg mustajab seLain atas dasar dari ridho Allah ta'aLa.
saLam kenaL dari "saudara seiman dari DKI Jakarta - Indonesia.
moga2 dia cepat sembuh
salam
doa diiringi muga anakanda ini kembali sihat. Buat ayah dan ibunya...sabarlah..allah sedang mmberimu peluang utk mmbuat pahala..anggplah ini satu keistimewaaan buat mereka.
sabar ye kak. Allah takkan uji kita kalau dia tahu kita tak kuat. Semoga darjat kak di sisinya bertambah. AMin...
Aku nak cadangkan sesuatu takut nanti dikatakan memandai-mandai tetapi kalau tak cadangkan nanti menjadi beban pula pada aku kerana dah tahu tapi tak bagi tahu.
Aku cadangkan ibubapanya minta kebenaran untuk memberikan adik Hana air ECPI bukan kerana ianya air yang hebat tetapi kerana ianya air yang telah dirawat dan dikatakan mempunyai 20% oksigen tambahan. Yang lain tu aku tak berani nak kata sebab bukan aku yang buat air tu.
Kalau doktor bersetuju, aku sedia membekalkan air tersebut secara PERCUMA untuk adik Hana dengan bantuan beberapa orang dermawan yang lain. Hubungi aku di bingaiku@gmail.com
Didoakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka sekeluarga dalam mengharungi waktu ini.
salam..sabarlah wahai ibu dan hana..ALLAH sedang menguji kekuatan dan kesabaran mu..insyaalah..dengan izinNYA hana akan kembali seperti bayi yg normal.Yati memahami perasaan ibu sekarang kerana yati kini pun bergelar ibu..sabar..berlinang airmata yati melihat keadaan anak ibu..yati doakan hana sembuh sesembuh nya..amin ya rabbal alamin...
Post a Comment