Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, January 7, 2010

POLIS PARIS SIASAT NAJIB - free malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

MAK TAK BERANI LAGI SHOPPING DI PARIS - SEDIH MAK

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Najib Razak ( oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan. Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.

"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib. Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau. Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu. Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya . Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM. Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…… ABISLAAA PELUANG BIK MAMA NAK SHOOPING DI PARIS….PUNAN NAK RASA MAKANAN DI CHEZ MAXIM……NAK GI LONDON JAMIN TAK BOLEH. - Tukar Tiub


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

Unknown said...

Salam. Tak ada hal punya. This is really a small matter. Ciput. Buat congkel tahi gigi...

Teja Evalea said...

huhu,,baru tau,,,
xsgka smp jdik cm2,,,

**adakah ini respon yg terbaik??

~UmmU SoLehah~ said...

salam..

AstaghfiruLLaH..

kesian pada dua polis yg digantung atas tuduhan bersubahat tu..

abes tu sape dalangnye..?

patotnye 'dalang' tu yang kene gantung kat depan semua rakyat malaysia.T_____T eerrr

ape2 pon..

Allah Maha Tahu Segalanya..

Allah nampak setiap apa yang manusia perbuat..

Anonymous said...

kritis la sikit wahai melayu, jgn mudah nak main hangguk citer bodoh camni, tak abis2 kena kencing. Takda ka video pasal 2 peguam yg dtg ke sini. akuan bersumpah dari budak india korang hangguk, sumpah dlm masjid oleh DSN korang buat lawak. anvar brahi masih tak bersumpah2.

bilal said...

salam,kalau kita perhatikan zaman sekarang yang berkuasa,berpangkat tinggi dan berharta sahaja yang dipandang. samalah apa yang berlaku terhadap 2 anggota polis yang dihukum gantung atas kesalahan dilakukan. kalau dilihat dari segi logik apa sebab anggota itu membunuh?kalau tiada yang mengarah. mudah2an Allah akan melaknati mereka2 yang masih bebas dan berselindung dari kekayaan mereka.Jangan kita tertipu kebaikkan mereka2 yang berharta dan menunjuk2 yang mereka pemurah serta wajah disiarkan dlm media dan tv.

karkun said...

tak baik mengaibkan orang.

Miecyber said...

Semuga pihak yang zalim akan mendapat pembalasan....


zionis cipta gempa hapus al-Aqsa