بسم الله الرحمن الرحيم
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".- H.R al-Baihaqi
SIKAP AHLI ILMU AKHIR ZAMAN
Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau Ilmu akhirat.
Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala sesuatu." (At Talaq:12)
Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu ialah:-
* Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
* Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan dan manusia.
* Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
* Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
* Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
* Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang bukan Islam masuk Islam.
* Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak pakar dalam bidang bidang lain.
* Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar secara terbuka mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
* Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa" mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
* Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
* Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat
- Amri el Wahab
ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." - H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Lihat saja mereka-mereka yang memimpin negara. Negara jadi bercelaru bila orang-orang jahil diangkat sebagai pemimpin. wallahualam.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
salam
Betulakan la balik semua gambar tu... Sebab kita ni semua yang bernama manusia pastinya pernah melakukan kesalahan...
Gunakan akal yang berpandukan wahyu bukan nafsu yang dijadikan raja dalam menterjemah setiap perkara yang berlaku dihadapan kita...Serah segalanya kepadaNya, insyaAllah selamat...
Maaf ye sahabat, Islam menjadi contoh dan sentiasa dicontohi...
ramai yang berilmu tapi tak beriman,ulama2 jangan keje ngan goment,shusah nanti
AL-KHATTAB
Salam,
sila lihat kembali kata2 Saidina Ali Karamallah hu Wajhah "Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". Dan inilah apa yg sy nampak sekarang ini, manusia menggunakan topeng sebagai ulama untuk politik, tetapi apabila kafir lakhnat mencerca Islam, menghina azan serta mempermainkan Al Quran, sedikit pun Ulama2 ini bersuara..
Fikirkanlah, Majoriti Islam adalah kaum melayu, jika kaum lain naik memimpin...adakah mereka akan mengangkat Islam?? adakah mereka akan mempertahankan Islam.. INGAT! org2 yg bersekongkol dgn org kafir adalah org yg sbenar2 nya MUNAFIK bukannya orang mereka suka2 labelkan sebagai KAFIR kerana tidak sependapat dgn mereka.. FIKIR!
Post a Comment