Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, January 7, 2010

AKU YANG BUAT, TAKKAN LA AKU NAK TUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK JERAT LEHER AKU SENDIRI ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Skandal F-5E: Enggan tubuh suruhanjaya cemarkan integriti negara
-Dzulfikar Mashoor


KUALA LUMPUR, 7 Jan: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa keputusan kerajaan untuk tidak menubuhkan suatu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes kehilangan dua enjin jet F-5E TUDM dilihat tidak mampu memulihkan kepercayaan rakyat terhadap integriti negara.

"Dengan tidak menubuhkan Suruhanjaya (DiRaja), kerajaan dan TUDM tidak mampu memulihkan semula kepercayaan rakyat pada integriti negara," jelas beliau ketika dihibungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tidak memadai bagi Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa puas hati dengan perakuan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Ghani Patail dan hasil siasatan polis sahaja.

"Ini (adalah) suatu kes berprofil tinggi (dan) melibatkan kepentingan Awam (dan) keselamatan negara, (maka) tidak cukup dengan perakuan daripada AG dan hasil siasatan polis sahaja," jelasnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan pihak tertentu kononnya keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bertujuan memelihara nama baik negara.

"Hilang itu sendiripun sebenarnya sudah mencemarkan nama negara...(maka) dengan penubuhan Suruhanjaya (DiRaja) ini supaya kes sebegini tidak berulang lagi," jelasnya lagi. - Harakahdaily

" RAKYAT DIBANGANGBEBALKAN DUIT DIUTAMAKAN - 1 Malaysia "

4 comments:

Anonymous said...

menurut sumber, di pengkalan udara butterworth tu memang pekara biasa korupsi2 di kalangan staf sana

Anonymous said...

menurut sumber, di pengkalan udara butterworth tu memang pekara biasa korupsi2 di kalangan staf sana

silentkiller:69mash.potato69@gmail.com said...

check balik siapa yang lantik jeneral yang terlibat dalam kes ni...
pihak kerajaan ada strategi sendiri
untuk selesaikan...
ni kes lama...tapi baru keluar surat khabar...
ada sebab kes ni dirahsiakan...bukan sebab nak tutup salah sendiri...
tapi utk memudahkan kerja siasatan...
sebab tu bila keluar je berita terus dapat tau enjin ni berada n siapa dalangnya...
masing2 ada strategi masing2...

kayusugiku.blogspot.com said...

Saya sokong 190%.
mmg tak patut kerajaan bertindak sedemikian seolah2 sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat.
Sebuah kerajaan Islam yang adil sepatutnya bersikap telus terhadap apa sahaja isu yang timbul samada yang berkaitan kepentingan rakyat atau kerajaan sendiri. Tindakan ini telah mengeruhkan lagi hubungan kerajaan dengan rakyat yang saya rasa sudah sedia keruh ini. Bila lagi kerajaan akan berubah??? Cukuplah membelakangkan rakyat, sudah tiba masanya kerajaan menjunjung kembali nilai2 yang ada pada pemimpin negara islam terdahulu pada era kegemilangannya. Janganlah lagi kerajaan terus berkiblatkan barat dalam soal pemerintahan negara.....
sekian....