بسم الله الرحمن الرحيم
Aku ada membaca beberapa blog yang mana tuannya telah tiada lagi di dunia ini. Yang paling terakhir blog seorang pelajar UPSI yang meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya! Syukur. Ada yang mengenalinya dan mengwar-warkan bahawa pemilik blog itu sudah kembali ke Rahmatullah!
Sebelum ini juga ada beberapa blog yang aku lawati tuanya juga sudah tiada. Ada yang masih mengomen bertanya mengapa blog tidak di kemaskini. Seorang Hamba Allah kemudian memberitahu yang tuannya telah tiada.
Sewaktu muda mudi dulu, di zaman myspace juga aku sering menegur seorang kawan, mengapa sudah lama tidak mengomen di laman aku. Kata aku 'Wah! Kamu sudah berkahwin, terus senyap sahaja!!' Selang beberapa hari ada yang mengomen di halaman aku dan mengatakan kawan itu sudah meninggal dunia 2 bulan selepas perkahwinan kerana tumpah darah dan keguguran. Innalillah. Terkejut. Masih terbayang-bayang lagi gambar perkahwinan dan pelamin impiannya.
Pernah tidak kamu terfikir.. Andaikata kita sudah tiada lagi, siapa yang akan memberitahu orang lain bahawa tuan blog tidak akan lagi mengemaskini blog buat selama-lamanya? Perlukah kita berkongsi kata lalauan dengan seseorang yang kita percayai?
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
Salam,
Lain macam aje bunyinya...Insyaallah mudah-mudahan dipanjangkan umur "bujang susah" yang akan senang tak lama lagi...
Kesian umi.. nanti any happen about IT nak refer siapa?Atau umi dulu yang pergi mengadap ilahi...
huhuhuhu.. harap-harap cukup quota dulu la umi.. 4 orang... hehehee
T___T insaF2..mati itu Pasti..
Terkedu-kedu tak tahu apa nak cakap
salam akhi bujang...pernah juga terfikir...sebab mati tu boleh datang bila2,xkira masa dan tempat...sekarang pun masa cepat berlalu...takutnya,,,nak mengadap Allah dengan diri yang teramat jauh ni..
Post a Comment