Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 2, 2010

MAMAK ZAMBRY DI HALAU AS KERANA TERSENARAI SEBAGAI PENGGANAS

بسم الله الرحمن الرحيم

PKR Sedia Jumpa Zambry Di Mahkamah

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kesahihan laporan akhbar terbitannya, Suara Keadilan yang menyiarkan berita bahawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) ketika mahu memasuki negara itu baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong berkata, pihaknya sedia berdepan dengan Menteri Besar itu di mahkamah bagi menyelesaikan mengenai perkara tersebut.

"Saya sudah periksa dengan pihak editorial Suara Keadilan, mereka mempertahankan maklumat yang diperoleh daripada sumber berhubung isu berkenaa.Mereka tulis berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sumber yang boleh dipercayai itu dan kalau beliau nak bawa perkara ini ke mahkamah kami tiada masalah," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Jonson berkata demikian sebagai mengulas mengenai penafian Zambry berhubung laporan Suara Keadilan bahawa beliau ditahan pihak berkuasa AS ketika mahu memasuki negara itu untuk menyertai misi pelaburan kerajaan negeri selepas namanya ada dalam senarai pengganas dan kemudian diarah pulang.

Menteri Besar itu berkata laporan bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah satu pembohongan besar oleh akhbar berkenaan dan tindakan mahkamah akan diambil kerana sudah hilang sabar dengan fitnah yang dilihat menghina serta mahu mencemarkan nama dan karier politiknya.

Mengulas lanjut, Jonson yang bertanggungjawab terhadap akhbar terbabit berkata, Zambry mempunyai hak untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Kalau beliau nak saman itu haknya, kami sedia menghadapinya di mahkamah nanti.

"Tapi kami harapkan prosedur mahkamah yang betul-betul adil tanpa campur tangan politik," katanya.

Laporan mengenai berita itu disiarkan Suara Keadilan dalam keluaran Bil 213 (29 Disember 2009 - 5 Januari 2010) yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Menteri Besar memberitahu bahawa Zambry terbang ke San Francisco pada 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida).

Selain itu ditanya siapakah sumber terdekat yang memberi maklumat berkenaan, Jonson berkata: "Perkara itu saya tak boleh dedahkan lagi pada peringkat ini."- mstar


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

8 comments:

anakmuaallaf said...

Bujang,
Bila nak tonggeng gambar zambery pulak.Boleh umi CnP kat blog umi..Lawan dulu kalah menang belakang cerita.
Agustin terkejut dengar berita ini kut..matinya tak relevan..

BUJANG SUSAH said...

Malas la umi.. buat semak page je.. hehehee.. banyak ke dpt ayam utan umi? pegi x ajak org pun eh.. org pun kaki memburu ayam utan tau.. huhuhu

anakmuaallaf said...

Bujang,
Bahaya mergastua cekup naya..Perak nak raya ni..Jangka bulan february..karang tak pasal kedalam..Nangis anak bujang senang..

Unknown said...

Salam Bujang. Buang dulu gambar Makcik Midah sebelum consider letak Zambry terbalik.

Unknown said...

Zombe kena WANTED ada Rewards ke,
Kalau ada akupun nk juga sifu,kita tangkap sama2 la.Aku tengah sesak ni.
Kalau dapat USD 1000 sorang pun ok lah

BUJANG SUSAH said...

Babah, kenapa kena buang pic makcik midah dulu ek?

Ijoks, tak payah sesusah nak tangkap. Buat je announcement kata kat india ada nak pakai menteri besar kudeta. Mesti dia terhegeh hegeh menawarkan dirinya yang perasan tu.. hehehehe

Anonymous said...

Bukan ke bagi AS semua orang Islam pengganas?

Atau Pas dah nk berbaik dgn AS?

karkun said...

Salam,
sesama bangsa se Malaysia, seIslam, senegeripun dah tak berbaik sangka, apa lg nak harapkan org luar nak hormat kita.Jika kita tak reti hormat org, jgn harapkan org hormat kita.Tak baik bermusuh. Bersihkanlah hati masing2 wahai tuan-tuan yang mulia.