Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, January 1, 2010

SIAPA DIA GURU MURSYID

بسم الله الرحمن الرحيم

Mursyid adalah orang yang memberi petunjuk (Irsyad)

Pada akhir zaman ini adalah amat sukar untuk kita mencari atau memilih mursyid yang sebenarnya.Selepas dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut sahabat (tabi.en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi.en wat tabi.en). Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.

Antara sebabnya ialah pengaruh ideologi thagut yang merupakan kejahatan yang telah meleka atau melalaikan kita semua. Namun dalam tradisi tasauf, terdapat etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.

Di antara syarat syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak dipanggil mursyid:


1 Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.

2 Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan

3 Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)

4 Berkemahuan/ hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya

5 Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)

6 Dermawan (tidak sekalipun bakhil) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.

7 Berbudi pekerti luhur

8 Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi

9 Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana

10 Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya dan tidak memperlekehkan atau merendahkan ilmu yang ada pada guru,dan ulama lain.

11 Tidak melenting atau mengeluh ketika diuji

12 Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)

13 Hadir hatinya untuk Allah SWT semata

14 Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah)

15. Tidak berharap kepada manusia (saperti minta gelaran atau pangkat dan bantuan keewangan)

16.Tidak mengambil peduli perkara remeh

17.Tidak buruk budi pekerti saperti mengumpat dan mengaibkan orang lain.

18 Bertindak berdasarkan ilmu dan tidak ikut perasaan dan hawa nafsu.

Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar kita itu tidak tersesat daripada landasan hingga terkeluar daripada sifat mukmin.

Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya: ..Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang, janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah

SWT.. - Amri el Wahab


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

Mybabah said...

Salam Bujang. Agaknya di Malaysia ni guru mursyid boleh dikira dengan jari. Sedikit sahaja yang memenuhi syarat yang termaktub.

Anonymous said...

Nik aziz tak layak. Cakap main lepas

beat::the::sky said...

salam..blog ini sangat berguna..teruskan usaha anda dan sy akan sentiasa jenguk ke blog ini..

norhalim mh said...

Salam,

tanda-tanda guru mursyid:

1. Dilihat tinggi ilmunya serta luhur pekertinya.

2. Ramai pengikutnya berbanding yang memusuhinya.

3. Hujahnya mampu mempengaruhi banyak golongan samada pengikut mahupun musuhnya.

4. Musuhnya sentiasa mencari jalan untuk memfitnahnya tetapi akan menemui kegagalan.

5. Setiap tindakannya ikhlas hanya untuk mencari redha ALLAH.

ijoks2009 said...

Xkira umno x kira pas,jika sayangkan anak-anak anda kilk dibawah

http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/papa-buat-kat-mak-boleh.html

TURR PUNYA UMNGOK..!!! said...

Yer betul kata anonymous tu. Nik aziz tak layak. Yang layak hanya sorang je. iaitu najib tun razak. Kalau tidak pun rosmah mansur pun boleh.. keh..keh.keh..keh...

lydia hawani said...

memang sush nk cri guru yg telus skrg ni.. ade guru un kdg2 mcm xbtul je apa yg dsmpikn.. bile dslidik ade unsur lain tu yang bahaya tu..

hmmmmmmmmmmmm~