Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, December 28, 2009

HIBAH

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan: Saya adalah anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Semasa hayat arwah bapa saya, arwah dengan disaksikan adik-beradik saya yang lain dan 2 orang pakcik saya telah berkata “rumah ni aku bagi kat kau.”

Selepas daripada itu bapa saya telah meminta abang kedua saya menguruskan proses pindahmilik dimana saya dan arwah telah pun menadatangani surat kebenaran pindahmilik dan juga borang pindah milik di pejabat tanah. Setelah permohonan kebenaran pindah milik diluluskan arwah bapa saya telah meninggal dunia yang akhirnya proses pindah milik tersebut tidak dapat diteruskan dan tergantung.

Apa yang lebih malang lagi abang kedua saya tidak bersetuju dengan pemberian tersebut dan beliau mahukan rumah tersebut difaraidkan. Saya telah menduduki rumah tersebut semenjak arwah bapa saya masih hidup sehingga sekarang. Apa yang perlu saya lakukan? Sekiranya rumah tersebut dibahagikan saya akan kehilangan tempat berlindung. Adakah hibah tersebut sah?- Rafeah Satimin

Jawapan: Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku pada puan. Islam telah mensyariatkan faraid sebagai cara pembahagian harta pusaka selepas kematian si mati bagi memastikan waris-waris si mati mendapatkan hak masing-masing secara adil. Namun begitu, Hibah juga merupakan satu lagi cara pembahagian harta oleh pemiliknya ketika hidup bagi membela nasib insan yang memerlukan.

Di dalam Islam, Hibah boleh diertikan sebagai anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Islam telah mengharuskan Hibah apabila sepertimana di dalam firman ALLAH SWT (Surah al-Baqarah, ayat 177) yang bermaksud : “Dan memberi seseorang akan harta yang dikasihinya kepada keluarga terdekat, anak-anak yatim,orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.”

Hadis riwayat Ahmad, Sabda Rasulullah saw:”Berilah hadiah (hibah), nescaya kamu dikasihi.”

Jesteru itu, Islam mengharuskan seseorang itu memberikan atau menghibahkan hartanya samada hartanya itu bersifat alih seperti saham syarikat, saham amanah atau Wang Simpanan dan juga harta bersifat tidak alih seperti tanah, rumah, kebun dan sebagainya kepada mana-mana orang samada waris atau bukan waris sepanjang tempoh hidupnya.

Untuk memastikan Hibah tersebut benar-benar sah dan terlaksana, Islam juga telah menggariskan beberapa ciri-ciri dan rukun hibah. Ciri-ciri hibah adalah ianya tidak boleh ditarik balik oleh pemberi Hibah, kecuali pemberian itu daripada seorang bapa kepada seorang anak dan daripada seorang datuk kepada cucunya.

Terdapat 4 rukun Hibah iaitu:

1. Pemberi Hibah

2. Penerima Hibah

3. Harta yang dihibahkan (harta tersebut hendaklah bebas daripada segala bebanan hutang atau cagaran )

4. Sighah Kontrak (Penawaran dan penerimaan-penerima an boleh dilihat daripada perkataan seperti saya terima rumah ini atau dari segi perbuatan seperti tinggal mendiami rumah tersebut sebaik sahaja Hibah dibuat atau mendaftarkan pindahmilik di bawah Akta Kanun Tanah Negara).

Dalam hal puan, saya percaya puan mempunyai asas untuk menuntut rumah tersebut berdasarkan hibah atau pemberian yang telah dinyatakan. Bagaimanapun, untuk mendapatkan kepastian adalah lebih baik puan mendapatkan pengesahan dari Mahkamah Syariah supaya tidak timbul permasalahan di kemudian hari. Puan hendaklah menfailkan permohonan pengesahan hibah bagi rumah terseubt di mana-mana Mahkamah Tinggi Syariah. Di dalam permohonan tersebut Puan hendaklah menerangkan segala hak dan keadaan secara terpenci bagaimana hibah tersebut berlaku. Semasa perbicaraan di hadapan hakim Puan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan serta saksi-saksi puan bagi membuktikan segala dakwaan tersebut.

Pada masa yang sama Puan atau mana-mana waris yang berkenaan hendaklah menfailkan permohonan surat kuasa mentadbir samada di pejabat tanah berkaitan jika rumah tersebut nilainya di bawah RM600,00.00 atau Mahkamah Tinggi yang berkaitan jika nilainya RM600,00.00 ke bawah. Ini adalah untuk memudahkan proses pindahmilik semula jika sekiranya permohonan puan berjaya kelak.

Jika diputuskan bahawa rumah tersebut adalah merupakan hibah yang sah, maka rumah tersebut telah terkeluar daripada pembahagian harta secara Faraid. Puan juga dinasihatkan untuk mendapat khidmat nasihat peguam syarie yang bertauliah bagi memastikan permohonan puan tersebut berjalan lancar.

Saya juga menasihatkan kepada puan dan waris-waris puan agar berbincang dengan cara baik bagi menyelesaikan perkara ini kerana masalah perebutan harta pusaka boleh menjadi punca perbalahan dan keretakan di dalam keluarga dan yang paling menyedihkan lagi pertelingkahan ini telah menyebabkan tali silaturrahim di dalam keluarga terputus dan sukar untuk disambung semula. Sesungguhnya yang adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya bukan meletakkan sesuatu secara sama rata

Jawapan ini disediakan oleh Yusmawati Binti Ab.llah, Exco Penerbitan PGSM


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

Mybabah said...

Salam Sheikh. Jawapan yang baik dan meyakinkan ("convincing"). Namun,apabila perasaan tamak menguasai jiwa, lebai akan meletakkan kupiah di tepi tangga, haji hilang mabrurnya, imam lupa surah yang dibaca. Manusia kebanyakannya memang celaka, sering membuat durja tanpa mengira dosa pahala. Sanggup pula berkata "biarlah aku masuk neraka"....

Alfaro Lamablawa said...

wah dari dulu mpe skarang tetap menjadi permasalahan dan sengketa...iri hatikah penyebabnya?

anak muallaf said...

Salam Bujang,
Dah lama tak kesini..cuti panjang.

Masalah hibah ini dah lama terjadi dikalangan orang Melayu beragama Islam.Hingga ada yang berparang.Ada yang putus talian darah persaudaraan.Seolah-olah mereka ini tidak ada perasaan kasih dan sayang serta kasihan dan belas.
Marilah kita kembali kepada hukum Allah yang esa.Jangan berada dibawah kepompong sekular.Hukum Allah sudah lengkap nescaya tidak akan berlaku kisah seperti dalam n3 ini.
Rakyat juga perlu ditarbiyah.Ulama' jangan diam.Jalankan tugas ulama' jangan kembungkan poket cukuplah dapat gaji dihujung bulan.

mizaranun said...

Salam...

ada juga rasuah berselindung disebalik hibah..dsn kerana hibah juga boleh jd perangkap hingga kawan jd lawan n lawan jd kawan...

LanaBulu said...

Manusia bersifat BAHARU..
Hal2 dunia ni mmg menjadi kunci utama saudara bermusuh2an..
Sifat tamak mmg tak habis selagi nyawa tak habis..
Bila hitam puteh tak selesai..mmg pi mahkamah mana pun kalah juga..
Sekiranya benar seperti diceritakan..maka yg dapat dari pmebahagian tu adalah Haram kecuali pemilik asal dari ayahnya tu saja.ok