Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, January 2, 2010

AYAT SURAH MANA PULA ADA MENGATAKAN AGAMA SELAIN ISLAM TIDAK BOLEH GUNAKAN PERKATAAN ALLAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Gula Naik Harga Media Dikerah Cipta Isu.

Ceritanya kat sini mudah jer.. harga gula naik.. tak nak rakyat bising-bising, media dikerah membesarkan isu bangang.

Masalahnya kat sini.. ayat Al-Quran mana yang ada mengatakan perkataan Allah tu hanya org islam jer yang boleh gunakan? Hadis Rasulullah mana yang berbunyi Allah hanya untuk org islam? Habis tu orang kafir bukan Allah yang menciptakan ke? Orang-orang arab yang bukan beragama islam pun mengunakan perkataan dan menyebut "Allah" jugak. Orang-orang kristian kat indonesia tu sumua sebut Allah jugak. Kistian salah dalam islam kerana mereka mempersekutukan Allah dgn menganggap Nabi Isa itu anak Allah. So apa masalahnya dengan sebutan Allah itu? Ni apa kehal si UMNO bodoh besarkan isu-isu bangang mcm ni? Tu anak-anak muda yang mentedarah arak, hisap dadah, merempit, berpeleseran tanpa menutup aurat, berpegang tangan walaupun dgn bukan muhrim, tak bersolat, berjudi dan yang paling besar murtad, Ada ke media umno ni besarkan? Itu tak mengancam agama ke? Si bodoh pengikut umno ni klau tak belajar agama tu jangan la nak tunjuk pandai. Dok jadi bodoh buat demo dgn songkok tinggi bawak kain rentang "KRISTIAN JANGAN GUNAKAN PERKATAAN ALLAH". Ni apa punya bodoh ni? tak sekolah agama ke?

Percaya atau tidak memang hakikatnya gula dah naik harga lagi. Takut kerajaan barisan nasional dituduh sebagai BN= Barang Naik, so ni la peranan media mengalihkan pandangan rakyat. Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut. - Harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

15 comments:

Isa said...

Salam Bro,

Lu tak tau ke selama ni ada dalilnya...;

Cuba lu buka Quran umno, cari surah Al-Umno... pasti lu jumpa ayatnya... ha..ha..ha...

Kalau lu rajin.., lu akan jumpa ayat yang menyatakan "tak tutup aurat pun Islam juga".

Dj_Diddy said...

Tak tau la nak salahkan sapa.. x nak la sebut nama sapa2.. tapi sapa yang create isu pasal ALLAH x leh sebut ni memang totally bangang la.. bebal.. bodoh.. dungu...

anak muallaf said...

bujang,
emosional nampaknya..Betui bujang..tapi yang best komen ISA..

BUJANG SUSAH said...

hehehe.. manusia umi.. kadang-kadang tu sakit hati la.. isu yg sepatutnya tak nak dihiraukan tp isu bangang macam ni yang dihebohkan. Kalau ada point dan ilmunya takpe jugak. ni main ikut je apa pemimpin bodoh mereka tu suruh buat. Nasib baik la pemimpin mereka tak suruh mereka ni semua makan tahi. hehehe

adzim said...

salam. saya rasa dalam konteks Malaysia tak kena juga orang lain guna perkataan Allah tu, sebab sudah lah umat islam (tambah2 yang muda2) lemah iman..jadi kalau dorang tau yang agama lainpun mengiktiraf Allah jugak, lagilah senang melayu kita tukar agama.
memangla boleh guna, tapi dia buat bible dalam Bahasa Melayu tu dan guna perkataan Allah untuk disebarkan kpd rumaja2 Islamla,yang da hilang jati diri.

Atau macam mana?

BUJANG SUSAH said...

Salam. Sorry bro adzim. nak tanya sikit. kenapa boleh hilang jati diri? Bukankah kita sebagai orang islam wajib belajar, memahami serta mengamalkan agama islam itu sendiri? Takkan la tak kenal yg mana bible yang mana Al-Quran? Bukankah malaysia dicanangkan sebagai negara islam, tapi mengapa hudud tidak terlaksana? apa hukuman bagi mereka-mereka yang murtad jika mengikut hukum islam? Jika negara menjalankan hukum islam yang lurus, manusia pun tidak berani suka-suka nak melangar hukum. Kalau dah hukum Allah tu disisihkan, tonggang terbaliklah jadinya negara, apatah lagi rakyat. Persoalannya disini bukan pengunaan nama Allah itu yang boleh memartabatkan islam di malaysia. Tetapi hakikatnya pelaksanaan islam dan hukum-hukumnya itu sendiri yang wajar di tegakkan. Bolehkeh islam tertegak didalam sebuah negara yang mengaku islam sedangkan pusat-pusat judi, pelacuran, arak, disco, pub dan segala macam pusat yang menjurus kepada maksiat melata seperti cendawan tumbuh selepas hujan? Lelaki wanita dengan pakaian tidak menutup aurat, berpelukan, bercumbuan pun tiada siapa yang nak tegur di malaysia ni. Cuba tanya kepada mereka yang rupanya seiras seperti kita (melayu), apakah agama mereka? Ada sesiapa yang ingin membuat demo berkenaan semua perkara-perkara yang saya katakan di atas tadi? Dimana islam kita sebenarnya?

ISLAM NAMA SAHAJA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".- H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa. Wallahualam.

Anonymous said...

Salam..

'Indah' sungguh bahasa yg digunakan..Correct me if I'm wrong, tp dlm ajaran Islam rasenye xde digalakkan kite menggunakan bahasa kasar, mencaci hina..Tp pernyataan dan bahasa saudara amatlah berlawanan dgn apa yg saudara 'perjuangankan'..Jgnlah melihat perkara ini from the surface sahaja..Perhalusila nescaya akan dapat jawapan..

Nama Allah bukan milik sesiapa pun melainkan milik mutlak Allah dan melalui surah al-Ikhlas, jelas membuktikan Allah Tuhan yang satu, berbeza dengan agama Kristian termasuk di negara ini yang menggunakan nama Allah dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti iaitu tiga dalam satu termasuk Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruh Qudus..Inilah sbb kenapa ia dijadikan isu..

Perbanyakkanlah membaca dan jauhilah buruk sangka..Bersangka baiklah sesama insan..Kalau tidak boleh menegur dgn perbuatan, tegurlah di dalam hati..Bukan dgn memaki membuta tuli..

Yg baik itu dari Allah dan tidak elok itu dari saya sendiri..

Salam..

arif khan.com said...

kome tu yang x paham anon.. kome x tgk ke dalam tv tu dia org smua berdemo kerana apa...? x baca ke sepanduk2 dia org...? so skrg ni aku nak tanya... apa matlamat mereka tu semua berdemo tu...? x payah dok nak perli2 org lain.... kamu dah kompom masuk syurga ke..........? Anon...betul ke yg x baik tu datang dari kamu sendiri? Kalau Allah x izinkan kamu buat yang x baik tu kamu boleh buat ke...?

Alyfa an~Nisaa said...
This comment has been removed by the author.
Alyfa an~Nisaa said...

tapi penggunaan Nama Allah kat sbh swak ni dah berleluasa dah..malah ada yang sampai berdakwah dr rumah ke rumah nak sebar ajrn kristian pada org islam..kata 1 malaysia.Tp kat sbh swak tu org malaysia gak..org Islam gak..x pernah pun rasa terhina dgn pgunaan nama Allah ni..dan x pernah pula dipersoalkan ttg kredibiliti org islam di negeri...hmm...smakin x fhm la dgn isu ni.

Mohd Fauzi Bin Seman said...

mmg x salah lau nak guna perkataan Allah. tapi kita kena ingat orang2 nasrani dan yahudi x kan puas hati ngan islam dan mereka akan buat apa sahaja untuk menghancurkan kita. penggunaan nama Allah oleh akhbar tu mmg la boleh, tapi conform ker yang si pembaca yang rata2nya orang kristian akan menjaga akhbar yang ada kalimah Allah tu selepas akhbar tu habis dibaca? jangan kertas yang tertulis kalimah Allah digunakan untuk membalut taik anak mereka sudah la. mmg saya x pernah jumpa lagi dalil yang mengatakan kalimah tersebut tidak boleh digunakan oleh agama lain,tapi kita masing2 punyai akal fikiran masing2 dan boleh berfikir. sekian!!!!

Anonymous said...

Salam saudara Arif Khan..Saya kira anda membuat kenyataan dlm keadaan penuh emosi..Saya rasa saya tidak memerli sesiapa..Ia adalah ayat pernyata semata-mata..Mungkin saudara Arif Khan membaca dlm keadaan emosi yang membuak2 membuatkan saudara terslh tafsir..Syurga adalah impian semua org..Tidak pula saya cakap saya dh confirm akan masuk syurga..Oleh kerana saudara terlalu beremosi, ingin saya jelas maksud pernyataan ini ~ "Yg baik dtg dari Allah dan yg buruk itu dtg dr saya sendiri" Ini adalah utk kita berfikir yg Allah itu Maha Esa dan kita hanyalah insan yg terlalu kerdil yg tidak lari daripada membuat kesilapan..Renung2kan dan selamat beramal..

arif khan.com said...

OO klau mcm tu yg buruk bukan dari Allah la.. gempa bumi, tsunami, puting beliung, tanah runtuh dan segala mcm bencana dan keburukan bukan izin dari Allah la perkara tu nak berlaku.. Bistu ko rasa kalau tanpa izin Allah ko buleh buat apa yang ko rasa nak buat ke?

Ko tu yang x faham.. Ada hadis rasulullah pernah kata mcm yg ko kata ni ke? Ada sahabat2 pernah buat mcm yg ko buat ni? Mana dalil dan nasnya? Bro.. jgn nak tunjuk alim la bro.. Ko rasa ko tu dah cukup takwa ke?

Anonymous said...

bila menyuarakn sesuatu isu kita perlu rasional

Anonymous said...

bg umat islam Allah itu maha esa dn x disamakn dgn apa2 skalipun. ttp kristian ingin menggunakan perkataan Allah ttp keyakinan they bkn mcm yg sepatutnya. sbg umat islam kt perlu sedar maksud tersirat disebalik permintaan org kristian. kita juga kena mempertimbangkan kesan negatif dn sbgnya. knp perlu pertikaikan kita menghalang org kristian menggunakn perkataan Allah????? anda patut pertikaikn knp kristian bersungguh2 ingin menggunakan perkataan tersebut.. yg sebenarnya tak patut dituntut utk agama yang x menyembah Allah dgn sebenar2nya. isu akhlak adalah isu mslh sosial yg perlu diberi perhatian.. namun isu penggunaan perkataan Allah adalah isu akidah yg wajib kita pertahankn. kesemua aspek kita perlu jaga