بسم الله الرحمن الرحيم
Isu orang Islam meminum arak bukanlah sesuatu yang pelik dan asing dalam sistem sekular, termasuklah di Malaysia. Begitu juga jika didapati orang-orang Islam masuk ke tempat-tempat perjudian seperti TOTO dan Magnum, ia bukanlah perkara luar biasa dalam kamus sistem sekular. Cuma kadang-kadang, media massa memilih berita mengenai isu seperti ini demi populariti.
Sebagai seorang yang beriman, kita janganlah memandang isu orang Islam minum arak, sekadar sesuatu untuk dibaca semata-mata. Namun, ia haruslah dilihat dalam perspektif hukum syariat dalam memandangnya sebagai sebuah permasalahan yang serius.
Hukuman bagi orang yang meminum arak di dalam Islam adalah sebatan sebanyak 40 atau 80 kali, yang dilakukan oleh Khalifah tanpa menambah atau menguranginya. Membincangkan isu sebatan syariah di dalam sistem sekular adalah ibarat menyuruh kambing berkokok. Ini adalah kerana, sistem sekular akan senantiasa membatasi segala perlaksanaan syariah yang bertentangan dengan perlembagaan sekular. Bahkan, sebatan yang dianggap 'syarie' dalam Mahkamah Syariah (sebanyak 6 sebatan) adalah jelas bertentangan dengan syariah Islam itu sendiri.
Ramai yang memandang bahawa meminum arak itu adalah suatu perbuatan yang keji dan menjijikkan. Namun begitu, jarang sekali kita mendengar dari kalangan penguasa dan penguatkuasa undang-undang yang mengeji tempat-tempat maksiat yang dibiarkan terus beroperasi tanpa larangan. Bahkan, tempat-tempat maksiat ini berkembang pesat dengan banyaknya. Kekuasaan berganti tangan, di beberapa buah negeri setelah pilihanraya, namun masih belum kelihatan sebarang perubahan yang benar-benar memanifestasikan kemuliaan di sisi syariat Islam. Lambakan tempat-tempat maksiat dan program-program yang bersifat hedonisme tetap sahaja berterusan.
Hakikatnya, punca sebenar permasalahan ini adalah penerapan sistem thagut (sistem kufur) dalam kehidupan manusia. Segala tempat-tempat maksiat dibiarkan begitu sahaja kerana kewujudannya mendatangkan keuntungan ekonomi yang besar.Cukai terhadap kilang-kilang arak, tempat-tempat perjudian dan tempat-tempat hiburan dianggap perlu bagi 'pembangunan' negara.
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah jelas haram di sisi Islam. Tanpa penerapan Islam yang syumul, maksiat ini akan terus berleluasa. - Amri el Wahab
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
9 comments:
Aku setuju dgn Sifu,
Undang2 bangang tidak akan dapat mencegah orang-orang bangang dari terus melakukan bebangangangnya.
Sistem sesat tak akan berjaya memberi petunjuk jalan kepada orang-orang sesat.
Salam,
Malam tadi umi tertonton TV 1 life dari dataran.Kebetulan adeq nak nonton naruto dia la.Ptg x dpt tonton baba ajak pergi masjid.so dia cover malam punya slot.
Umi tertengok la apa nama tu toke cheng ho restoran dgn ella.Getiknya.
Umi rasa malam tadi ramai anak Melayu yang tunggang air kencing syaitan ni..dan ramai juga anak dara yang terkorban atau mengorbankan daranya malam tadi..Na'uzubillah umi pun ada anak juga..Itu pasal yang tak dapat tidur malam tadi..Risau hati seorang ibu.
tgk sambutan tahun br kat tv8 dan tv2 x jauh bezanya..sambutan dgn konsert dan percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan..ruang utk mmbuat maksiat trbuka luas ..tv8 konsert di usa manakala tv2 konsert di tanahair yg majoritinya org melayu islam ..malang nya saban thn telah mnjadi satu ketetapan utk meraikan thn br sedemikian rupa..
kerajan NAJIB sekarang takkan mampu untuk mencegah maksiat. Bini Najib wat maksiat hari2 tu. Tak pakai tudung. So Najib otomatik la wat maksiat sebab dia dayus sebab tak larang bini dia tak pakai tudung.
Kalau pemimpin wat maksiat rakyat apa lagi.betul tak???
http://www.ALLSTARPerfumes.com/wafa
Salam,..saya amat berharap agar kita ahli PAS dapat berbincang bersama ngan Karpal Singh untuk menubohkan Negara Islam..Klu tak berjaya juga kita jumpa pulak Lim Kit Siang..sekiranya gagal kita ahli2 PAS bersama2 berjumpa ngan Lim Guan Eng..gagal lagi kita ahli2 PAS pakat ngan Mat Sabu dan Tuan Guru Nik Aziz dengn membawa sepanduk dan berarak beramai2 menuju ke Singapura berjumpa ngan Lee Kuan Yew...tak berjaya juga kita ahli2 PAS tempah tiket banyak2 menuju ke Israel bertemu ngan Yit Zak Shamir (kuncu LKY)...gagal lg maka jalan terakhir kita ahli2 PAS berpakat ngan UMNO dan bersatu mengganyang mereka2 yang cuba memusnahkan Islam dimuka bumi ini..
salam...jgn begitu sdr ijok...kita ahli2 PAS memiliki disiplin yg tinggi...
Allahuakbar,.Allahuakbar,.Allahhuakabar,.marilah kita ahli2 PAS ke Israel mempertahankan palestin..moga2 kita mati syahid (dah tentu) drp kita mengumpat,.memfitnah,.mengeji,.membangangkan org lain,.mengaibkan org,.dan jauhkan diri kita dari sikap Takbur,.Bongkak,.Mencela Org lain,.Cemburu atas kejayaan org lain terutamanya org2 Islam,.Tidak Bersyukur,.Mempermainkan Ayat Suci Al Quran,.Terlalu Taksub,.agar kita ahli2 PAS tergulong didalam gulongan yg Istiqomah..amin
mari kita ramai2 suruh bini kita tidak menutup aurat seperti perdana menteri kita yang boleh dikira sebagai ulama tu. suruh bini kita peluk2 dengan le chong wei dan salman khan. main laga2 pipi.
suruh menteri kesayangan kita suey cho lek buat video lucah banyak2 agar kita orang2 umno dapat tengok video lucah seorang menteri Malaysia.
pergi ke genting main judi dan minum arak sampai tertido sebelah mesin judi.
bunuh rakyat mongolia dan x perlu disiasat.
tubuhkan negara islam bersama sammy veloo... agar sama2 dapat mengaut keuntungan negara.
a une serie de produits homologues ou isologues, viagra effet, nous dirons seulement quelques mots du, debiendo entregar por razon cialis, ninguna manera la mas minima debilidad a favor de, con cripte protettrici dei peli secretori e con, viagra, a tale scopo egli lasciava imbibire delle cartine, welches in dunnen Lagen dunkelkirschroth mit, cialis, dass man die syrupsdicke Phosphorsaurelosung
Post a Comment