Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 20, 2010

GAMBAR MISTERI...

بسم الله الرحمن الرحيم



Gambar aneh ini ditangkap di pasaraya Giant Seksyen 18, Shah Alam. Sudah nampak apa yang misterinya? Nampak tak yang putih-putih, dan ada warna kehitaman sedikit tu?

Masih tak nampak? Ok, ini dia:


Sungguh misteri! Makin kurang gula, makin mahal jadinya. Hukum ekonomi apakah ini namanya?

Saya ada membandingkan label pemakanan kedua-duanya, dan tiada apa-apa kelebihan bagi jenis kurang gula. Bermaksud: Tiada tongkat ali, kacip fatimah, akar ginseng, sarang burung, spirulina, mahu pun habbatus sauda yang menjadi ramuan tambahan. Ia memang semata-mata kurang gula (justeru lebih murah kos untuk menghasilkannya).

F&N sudah kencing manis sama kita semua. Betul kah kerajaan mahu kita semua berubah kepada diet yang lebih kurang bergula? Kalau begitu, kenapa bila kandungan gula ↓ , harga ↑ ? Pak Ismail Sabri, tolong jelaskan.

Tak lama lagi rasanya, kita boleh jumpa produk susu kacang soya 'sihat' yang mengandungi 0% gula, tetapi dijual pada harga sama atau pun lebih mahal berbanding susu kacang soya yang memiliki kandungan gula normal. Minta selisih malaikat empat puluh empat! - hembusan

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

11 comments:

Mohamadazhan.com said...

mereka cuba memperbodohkan rakyat.

A person on Earth said...

betul ke x der gula? x pon kata jer x der gula? fkir2kn......dlm hdup nie bukan semua ley percaya....betul x?

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

menteri meroyan gila babi...

Miss CrYingAnGeL said...

aah kan kate gula sekrg naik harga tp bila x ada gula sma je hargai minuman tu naik..berkadaran songsang..ape ni???

FaAtip said...

menyampah btul! Penjual tu dah satu hal...pembeli pun kadang2 macam tak kisaaaaaah je....main beliiiii je...kat Malaysia ni rakyat semua baik2...barang naik, naikkkkk laaaa....habis2 merungut kat kedai2 kopi...

Unknown said...

KITA sebagai penguna harus bijak dalam membuat keputusan dan kalau terjumpa yg lagu ni..senang je toksah dok pi beli brand tu lagi...
boikot je..

siti ika said...

baguslah bujang susah ni, boleh perasan plak benda yg kecik tapi besar maknanya tu.

seliparbiru85@gmail.com said...

no comment

syahza said...

salam..

teori saya... gula tidak baik utk kesihatan jadi sbb itulah harga yg kurang gula jd mahal... sbb lebih kebaikan dari yg normal..

kakna said...

walaupun di claim sebagai produk kurang gula.. sejauh mana kebenaran dakwaan bahawa gula tlh dikurangkan semasa pemprosesan,pengguna pun x dapat pastikan.. dan walaupun benar kandungan gula diminimakan barangan2 ini masih dilabel sebagai minuman ringan yang ditambah bahan pengawet/pewarna dan justeru walaupun ia kedengaran lebih sihat ia tetap minuman ringan..

hal yg sama dengan claim seperti "tanpa cholesterol" di minyak masak .. dakwaan seperti itu pembohong dan hanya berniat mengaburi mata pengguna.. cholesterol hanya wujud pada makanan bersumberkan haiwan shj. memang sepatutnya minyak masak tidak mengandungi cholesterol..

juga jika anda perhatikan pada makanan yang mempunyai label "kurang lemak" @ rendah lemak @ zero lemak.. pada ais krim atau minuman yogurt..(kecuali susu) walaupun kandungan lemak telah dikurangkan namun kenapa total kalori tidak jauh bezanya dengan produk yang original..ini bermakna lemak dikurangkan tapi mungkin gula/ bhn lain ditambah.. mengikut prinsip pemakanan jumlah kalori keseluruhan adalah lebih penting berbanding makronutrient spt lemak,CHO atau protein jika seseorng itu ingin menjaga berat badan..

assafdiyah said...

alah kalian mesti bukan ibu - ibu.. saya biasa shopping... mungkin yang kurang gula tu masa tu takde promosi.. yang lebih gula tu ada promosi tu sebab dia murah. kalau kalian biasa shopping barang family. korang akan faham. baguslah bujang senang prihatin.. tapi saya lagi prihatin... setiap minggu tengok katalog untuk lihat barang mana ada offer.. biasalah nak jimat.. gaji 5000 pun tak cukup.. tapi syukurlah... ada org tak makan pun ada