بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.
Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang.
“Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.
Menurut Astora, beliau terpaksa menerima tawaran tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya, beliau kena ada tempat bergantung untuk terus tinggal di kampung halamannya. Selain itu, permintaan penduduk kampungnya kerana pengalaman luarnya yang luas termasuk pernah terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia pada zaman Tun Mahathir Mohamed.
Beliau juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendidikan moden di selatan Thailand termasuk berfikir untuk menubuhkan sebuah universiti untuk umat Muslim Thailand.
Astora semasa di akhbar Utusan mengelolakan ruangan agama sebelum dilantik sebagai Pengarang majalah Al-Islam yang kemudiannya ditutup. Kebanyakan dalam tulisannya menghentam dua tokoh ulamak PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kontroversi lain melibatkan Astora ialah dalam tulisannya pernah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.
Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam Fiqah), sehingga mendapat tentangan pelbagai pihak. Tulisan Astora yang tutut menimbulkan kontroversi ialah pendapat beliau yang menyokong ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Beliau menulis bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA untuk membendung pengganas.
Kerana pelbagai polemik yang ditimbulkan dalam tulisannya, beliau pernah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam.
Astora juga pernah berdebat dengan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin yang videonya pernah tersebar pada satu ketika dulu. Beliau juga adalah pendalai laman web www.tematajdid.com - Harakahdaily
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
9 comments:
Salam,
Astora Jahat boleh blah..Padan la Utusan Meloya nak bangkrup..Perut hijau..
Lagi2 org 'zalim' dan 'sesat' nak jadi pemimpin..penyakit akhir zaman..^^
Astora..di malaysia pernah difatwakan sesat oleh MAIJ..di Thailand nak buka universiti untuk umat Islam...
patut laa mamat ni kuat mengarut.. rupanya orang alik sano.
salam
ishishish.. meloya betul astora ni.
-semoga kita semua ditunjukkan jalan yang benar. .
Astora jahat perosak akidah,keturunan jabat thailand...
wat munoh otak main denge dia ni,dulu dia kata politik suku ugama suku,balik alik sana la....
Ya Allah ampuni lah umat mu ni...berilah hidayat ko dio..
tora jabat ni gila...hanya suara org2 gila saja memdapat tempat di utusan dan tv3...skrg ni sekor lagi malaon gila yg smakin mendapat perhatian media umporno...pepekgomok! kahkahkahkah
Post a Comment