Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, January 6, 2010

AHLI JAWATAN KUASA UMNO TASEK GELUGOR KAKI LIWAT ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Dakwa Suami Pernah Tiduri Lebih 10 Wanita

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun. Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim. Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

Sumber : http://mstar.com.my


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

Anonymous said...

Salam...
untuk makluman kawan2.
sekurang2nya 60 000 Penjawat Awam Bertaraf Kontrak (PKS) telah dimansuhkan jawatan/kontrak mereka. ini bermakna kadar pengangguran di negara semakin meningkat.
bukannya menurun seperti yang diwarwarkan kerajaan. Sama2lah kita saksikan keputusan PRU-13 nanti. 60 000 ni nak mengundi parti manalah agaknya. kalau setiap seorang mempengaruhi 2 orang lagi. berapa jumlahnya? apa kesannya? hanya kerajaan yang tahu...

"Rakyat didungukan, Kroni diutamakan"

Anonymous said...

Perghhhh....... ganasnya puak2 umno ni... bini sendiri pun depa buat lagu tu. habis stor kunyit pun depa taruk. kesian mastura, aku ajak hang kawin hang kata aku miskin. La ni kawin dgn datok seks buas hang dok menyesal.

Unknown said...

assalammualaikom..

sakit tenat orang umno nie...

Ace said...

Diriwayatkan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada Rasullullah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.a berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera Rasullullah S.A.W berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!” Telah bersabda Rasullullah S.A.W. "Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan, Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat."

Rasulullah SAW bersabda "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"... Nauzubillah.

· JENIS-JENIS KUFUR :

1. Kufur Hakikat :

- Maksud :

§ Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

- Contoh :

§ tidak mengakui balasan diakhirat

§ menolak hukum yang terdapat dalam al-quran

§ menyatakan solat fardhu merugikan masa

§ menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

1. MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :

§ percaya

- DARI SEGI ISTILAH :

§ Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA



2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

- membentuk insan muslim sejati

- supaya istiqamah dalam ibadat

- melahirkan generasi berakhlak mulia

Anonymous said...

Dulu kerajaan tanggung bil elektrik sekolah2, mulai tahun ni sekolah kena bayar sendiri menggunakan duit yang ciput tu. Kerajaan betul-betul dah bengkrap!

karkun said...

Tau pun dah bankrap, jadi jangan tambahkan lagi kebankarapan yg sedia ada. Berusahalah membaiki yang mana mampu.Murid2 diajar berjimat cermat sekarang.Baguslah tu.

bilal said...

salam,kalau memilih pemimpin jangan pandang pada kekayaannya,pendidikannya yang lebih kepada keduniaan dan suka bersosial lebih ke arah maksiat....