"...mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. ... Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya...; al-Baqarah: 275
"..ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti
membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan… Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang memakan dan yang diberi makan…"; Dr Yusuf Al-Qaradawi, Tipu Daya halalkan Riba atau Fawa'id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab Media,Terbitan 1997
http://muslimvillag e.wordpress. com/
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment