Moral of the story 'renung-renungkanlah ...selamat beramal
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau
satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..
p/s: Kat melaka ni ada seko ketam tua yg x tau malu... ali ketam... hehehhe
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment