from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ahmad Baei Jaafar
Saya ingin berkongsi ilmu dengan temanku dan pengunjung blog ini terutama kaum lelaki. Saya sesekali duduk di saf belakang dalam masjid. Suatu hari seorang lelaki gemok solat di hadapan saf saya (lebih kurang 3 meter), waktu dia sujud, ternampak sebahagian lutut dan pahanya. Saya jangkakan mungkin lelaki gemuk sahaja, tetapi rupa-rupanya lelaki biasapun keadaannya sama. Di sini saya mula risau kerana saya juga memakai kain pelikat ketika solat. Ini menyebabkan saya cuba lakukan sendiri di rumah seperti lazimnya. Sebenarnya kerisauan itu bersangkutan dengan hukum sah atau tidak solat itu.
Saya merujuk kembali kepada kitab tua yang pernah dipelajari dahulu. Jika anda ada kitab Sabilul Muhtadin, mukasurat 183 Jilid1, cuba rujuk perenggan berikut: "Syahdan, disyaratkan pula pada menutup aurat itu dari atas dan pada sekalian pihak kelilingnya, maka tidak diwajibkan menutup dia dari bawah. Maka jikalau
sembahyang seseorang pada tempat tinggi maka kelihatan kepada orang auratnya dari bawah maka iaitu tidak mengapa. Bersalahan apabila kelihatan auratnya dari atas seperti leher bajunya atau pada kelilingnya seperti pada tangan bajunya maka iaitu tidak memadai, (maka batal sembahyang)."
Berdasarkan contoh di atas, saya percaya untuk wanita kerana bahagian leher dan tangan adalah aurat wanita. Contoh ini juga mungkin tidak melibatkan wanita Melayu kerana pakaian wanita kita lebih bersopan iaitu memakai telekong. Cuma mungkin ketika sujud, tapak kakinya jika terbuka boleh membatalkan solatnya.
Tetapi pada lelaki, jika dengan hanya pakai kain sarung, kepala lutut dan pahanya dijangkan boleh dilihat oleh orang di belakangnya, maka solatnya boleh batal. Perkara ini memang menjadi budaya orang Melayu. Jadi bagi mengelak solat itu terbatal, saya suka mencadangkan supaya kita memakai seluar panjang di dalam kain sarung itu. Kita mungkin pernah lihat orang Arab dan India memakai jubah dan di dalamnya dipakaikan seluar panjang. Inilah jalan yang selamat bagi kaum lelaki.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
1 comments:
Salam.
Takda mata memandang takda lah aurat "ternampak". Orang dibelakang tak khusyuk ada la. "Terbuka" dan "ternampak" lain maknanya.
Jangan "sengaja nak tengok" udah ler.
BAHAYA sesama jantan nih!
Post a Comment