Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di Malaysia seperti di bawah:
Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab; Wikipedia
Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.
Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana
perlaksanaan undang-undang berasaskan fahaman terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Mereka sekadar menafsirkan Perlembagaan menyatakan Islam agama rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.
Sekarang saya kemukakan alasan-alasan seperti di bawah:
Perkara 4 (1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi, dan mana-mana undang bertentangan dengannya menjadi terbatal. Undang-undang yang boleh menjadi terbatal dan tidak sah ialah semua undang-undang selain Perlembagaan, termasuk Kanun Jenayah dan peraturan kecil dsbnya. Kesemuanya mesti tidak bercanggah dengan Perlembagaan.
Perkara 4 (1) Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.
Bagi memudahkan pemahaman, kita anggap Perlembagaan seumpama bapa dan undang-undang selainnya seumpama anak. Oleh itu arahan anak tidak boleh mengatasi arahan bapa. Persoalan lain samada badan Perundangan (Peguam Negara), Kehakiman (Ketua Hakim Negara), Eksekutif (Perdana Menteri), YDPA/Sultan, dasar-dasar parti politik, dan semua badan/individu tertakluk di bawah Perlembagaan? Ya! Kesemuanya tertakluk di bawah Perlembagaan. Sebarang undang-undang, perjanjian atau perlaksanaan bertentangan dengannya menjadi terbatal dan tidak sah. Seterusnya Perlembagaan memperuntukan Islam ialah agama bagi Persekutuan.
Perkara 3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perkara 11 (1) memperuntukkan Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Alasan Ringkas
Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi kerana:
Issue: Samada undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi?
Reason:
1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi
2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan
3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan
4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan kesemua ibadah mengikut Al-Quran & Hadis
Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mematuhi kesemua ibadah terkandung di dalam Al-Quran & Hadis, termasuk mengutamakan perlaksanaan undang-undangnya. Oleh itu ini bermaksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah tertinggi.
Kenapakah salah faham ini terjadi? Pertamanya penjajah memahami Islam seperti agama lain, iaitu mendefinisikan Islam sekadar syahadah, bersolat, membayar zakat, berpuasa dan mengerjakan haji. Pemahaman ini kemudian diwariksn kepada pengamal undang-undang, dan akhirnya menjadi undang-undang yang mempengaruhi jentera kerajaan dan masyarakat Islam keseluruhan. Ini adalah fahaman ke atas Islam yang sangat jauh terpesong:
Artikel penuh di http://muslimvillag e.wordpress. com
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment