بسم الله الرحمن الرحيم
KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.
"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi. Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu. Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.
"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.
Pagi tadi 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor. Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan siang tadi dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali esok.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor. Sebelum ini, Harakahdaily menerima satu maklumat melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS, memaklumkan tentang perhimpunan tersebut yang akan diadakan hari ini.
"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," sebahagian sms itu dipetik.
Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri itu. Satu sumber memberitahu Harakahdaily bahwa Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.-Harakahdaily
" Berdemo 21 orang... yang kena jawab soalan wartawan aku sorang2.. perghhh.. hangin aku... nasib baiklah dapat upah.. klau x mati hidup balik pun aku xnak buat kerja bangang ni..." (mungkin itu yang bermain dalam kepala mamat dalam gambar tu setelah demonya tidak mendapat sambutan.. wakakakaka...)
Nak tengok muka serta poster mereka yang berdemo tu..? sila klik DISINI
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
8 comments:
Salam...
Ehm makin bercelaru la plak politik sekarang mana 1 yg ok dh tak tahu nk pilih yg mana...
budak upahanlah tu
Salam. Komen kawan-kawan hard-core dalam PAS "Mengarut...Ini semua kerja UMNO".
Biasa lah, pihak 'satu lagi' jugak yang kena tuduh.. Tak der pihak ke'tiga ke?
kesian cuba tengok...
sorang pon tak pakai kopiah.
smua wat demo tutup muka..
tak bawak bendera
dak de pimpinan
yg bsluar pendek pon ade
PAS hape.
bangngang
jangan salahkan UMNO
PAS minta cerai...
fitnah ditabur merata2...
jgan blagak pmdai judge org klau tak tahu kebenaran...
bukan hak, mnuduh tnpa bukti yg amat kukuh..
cube selidiki dulu cara pmerintahan DAP dgan PKR...
demo tu mmg wajar...
puak umno tak dak kerja nak buat,berlakon, penipu, kalo tak berdengki tu bukan puak2 umno la dah sinonim dah depa ni
Dah ada bukti ker atas tuduhan yang engkau LEMPARKAN tu??
Post a Comment