Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, November 21, 2009

MUHYIDIN DAN 9 YANG LAIN DISAMAN RM105 JUTA

بسم الله الرحمن الرحيم

IPOH, 20 Nov: 10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.

Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, gurubesar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan; Pengarah Pelajaran Negeri Perak; Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar; Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan kerajaan Malaysia. Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.

(Gambar: Jambatan gantung yang runtuh dalam tragedi Kuala Dipang yang mengorbankan tiga pelajar sekolah)

K Mageswaran, K Vasudevan dan T Nathan, bapa kepada tiga kanak-kanak yang mati akibat kejadian di pusat tersebut yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang. Writ saman itu difailkan melalui Tetuan A.Sivanesan & Coi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Ipoh pagi tadi.

Selain menuntut gantirugi am sebanyak RM35 juta setiap seorang, mereka masing-masing menuntut RM19,120 bagi gantirugi khas, RM100,000 bagi gantirugi teladan, faedah 8 peratus bagi jumlah penghakiman dari tarikh kematian hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos guaman dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita, tidak ada lampu besar yang dipasang untuk keselamatan murid-murid, dan ini menunjukkan kecuaian kerana dengan adanya lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang yang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.

Mereka juga mendakwa tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur yang mana sepatutnya penggunaan jambatan perlu diawasi, dengan menentukan kapasiti iaitu bilangan murid yang boleh menggunakan pada satu-satu masa. Mereka juga mendakwa murid-murid tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru didapati tidak terlatih untuk mengendalikan kem seperti itu serta tiada doktor atau pegawai perubatan ditempatkan untuk keselamatan peserta kem tersebut. Plaintif juga mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh Majlis Daerah Kampar dan Jabatan Kerja Raya Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.

Mereka juga mendakwa kematian anak-anak mereka amat menyedihkan dan telah mengancam ketenteraman mereka dan keluarga selain masih mengalami dan menanggung kehilangan dan kerugian.
-Harakahdaily


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

4 comments:

Unknown said...

assalammualaikom.

anakkhas tak pasti program ini ada motif politik atau tidak. tapi kalau nak bicara tentang kem sekolah belum pernah la pihak sekolah sediakan pasukan perubatan. kalau itu diperlukan anakkhas pasti sekolah tak dapat menggerakanaktiviti kokurikulum. semua tempat ada bahayanya... di sekolah pun bahaya. di rumah lebih bahaya sebenarnya.. jgan la salahkan guru2 terlibat kerana mereka berjuang ntuk anak bangsa. kalau kerana 3 murid guru disalahkan bagaimana dengan beribu yang berjaya? guru boleh mintak duit ke dari mereka... pada anakkhas nyawa memang takdapat diganti tpi bolehke ditebus dengan 35juta?

miszsensei said...

salam singgah

siti ajar bt yaakob said...

bangsa india ni memang tak sedar diri, dah minum todi banyak kut...kalau semua yang mati sebab kes macam ni ni main saman2 bodo macam ni jenuh la nak bayaq...bankrap...memang tak sedaq diri..hantaq balik india,,baru tau langit tinggi ke dak..ihhh geram aku..

Kuda Perang said...

Saya amat menyokong langkah 3 ayah mendiang2 mangsa tregedi Jambatan Gantung Kuala Dipang melakukan saman itu..bagus.

Saman itu bukan marah kpd guru2, tetapi iktibar kpd semua pihak yang terlibat, terutama kerajaan.

Di negara yang lebih tinggi tamadunnya seperti Jepun, Korea dan negara2 Eropah, menjadi kebiasaan kpd pemimpin yang terlibat meletak jawatan sbg mengambil tanggungjawab terhadap bencana drp kesilapan teknikal manusia.