Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, November 19, 2009

MUSUH DALAM SELIMUT

بسم الله الرحمن الرحيم



Gambar hiasan anjing ke selimut ni?

Hasan Ali Sedar Dirilah Sikit!

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Dengan kedudukan sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor, Hasan Ali mempunyai kelebihan dalam menentukan hala tuju Pakatan Rakyat. Dia sepatutnya rasa bertuah, kerana Hj Hadi masih memberinya peluang menjadi PJ. Jika diikutkan senioriti, ramai lagi orang lain yang layak. Jika dibandingkan kelayakan akademik dan sumbangan kepada PAS pun, ramai lagi orang yang layak. Mungkin satu-satunya kelebihan Hasan Ali, kerana dia pandai bercakap. Dia motivator. Namanya pun tersohor sebagai pioneer dalam bidang motivasi di negara ini. Inilah kelebihan yang tidak mampu ditandingi oleh orang lain.

Namun, petah bercakap, bijak berpidato sahaja bukanlah jaminan kecemerlangan dalam kepimpinan. Benar, Hasan Ali mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Namun, gabungan pencapaian akademik dan kehebatan pidato beliau, setakat ini masih di tangga ’Kurang memuaskan’. Jika ada buku rekod yang perlu ditandantangani, maka masih banyak perkara yang dia kena pertingkatkan. Jika dia ada KPI, masih banyak yang belum tercapai.

Sebagai exco yang agak kanan, Hasan Ali sepatutnya menjadi nadi dan tonggak kepada kerjasama PR. Tapi malangnya, dia selalu bercakap bagaikan lidah Umno. Cuba anda lihat reaksi Hasan Ali terhadap beberapa insiden yang menimpa Pakatan di Selangor. Bermula isu Elly…apa kata beliau? Kemudian isu MB: Cow and Car…apa kata beliau? Terkini isu arak ini…apa kata beliau? Anda boleh mencari kembali, tak perlu saya notakan di sini. Namun, semuanya bernada pesimis dalam mengukuhkan Pakatan. Maka, tak hairanlah ada pihak beranggapan Hasan Ali membawa suara Umno dalam Pakatan!

Baiklah, saya ingin menyentuh isu arak. Isu ini hangat sekali di negeri Uncle Carls ini…he…he…nama baru untuk Selangor. Saya gelihati dengan kenyataan media PAS Selangor (atau kenyataan media Hasan Ali?) hari ini, bahawa Ronnie Liu patut digugurkan. Wah…nampaknya Hasan Ali mengajar kita melakukan sesuatu mengikut kepala masing-masing. Selepas ini, jika ada ahli PAS di peringkat cawangan atau kawasan tidak berpuas hati dengan beliau, maka buat sahaja PC, panggil para wartawan…baru ada jalan!

Saya gelihati dengan isu ini. Bagi saya, Ronnie Liu jika benar mengarahkan PBT berkenaan memulangkan minuman keras (tapi beliau mengatakan itu adalah sabotaj!), maka itu adalah pertanda kejahilan seorang non-muslim. Harus dipasak dalam minda Hasan Ali, Selangor bukan negara Islam. Selangor adalah sekular. Ronnie Liu juga bukan seorang Islam, bahkan dia juga bagi saya bukannya seorang zimmi.

Maka, tindakan Hasan Ali sepatutnya lebih berhemah. Jangan menunjuk lagak dalam kondisi seperti ini, kerana kedudukan PR sendiri tidaklah kukuh. PAS sendiri adalah lemah tanpa sokongan kaum Cina dan India. Adakah Hasan Ali sedar implikasinya? Atau Hasan Ali memang mahu Pakatan tumbang di Selangor?

Di sebalik Hasan Ali sibuk dengan isu penjualan arak ini, dia patut lebih alert dengan ribuan pekerja Islam yang berkerja di kilang arak. Ya…mereka berkerja membuat arak! Bahkan saya diberi tahu, ada Persatuan Pekerja Islam Carlsberg…ini yang lebih aula bagi seorang Exco Agama dan Adat Melayu seperti beliau tangani. Apakah hukumnya mereka berkerja membuat, memasar dan membekalkan arak? Jawaplah Hasan Ali…jangan tak jawab.

Apakah Hasan Ali sedar, bahawa menyelamatkan ribuan umat Islam (bayangkanlah, seorang bapa membawa balik rezeki haram kepada keluarganya dari sumber arak!), sepatutnya lebih utama untuk diselamatkan oleh Hasan Ali daripada entah berapa kerat yang 50:50 sama ada akan membeli arak atau tidak. Namun, setakat ini tiada kedengaran pun inisiatif Hasan Ali untuk menyelamatkan para pekerja yang berkerja sebagai tukang buat arak ini. Malulah Hasan Ali…anda bercakap berdegar-degar, rakyat sendiri berkerja di kilang arak!

Apa, daif sangatkah kerajaan negeri Selangor? Kutipan zakatnya sahaja khabarnya ratusan juta. Takkanlah Hasan Ali tidak mampu berfikir untuk menyelamatkan para pekerja Islam di kilang arak ini dengan dana zakat? Takkanlah sultan Selangor tidak berkenan menyelamatkan rakyatnya dengan wang zakat? Takkanlah Pusat Zakat Selangor tak boleh beri kerjasama kepada Hasan Ali dalam rangka menyelamatkan umat Islam dari terus berkerja di kilang arak? Takkanlah MB Selangor tidak akan menyokong usaha ini? Takkanlah Ronnie Liu dan DAP akan membuat demonstrasi agar Hasan Ali tidak menyelamatkan umat Islam di kilang arak?

Ini baharu sedikit yang kita paparkan, yang sepatutnya isu ini digegerkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Selangor dan Pemuda PAS Selangor. Jangan hanya tahu mengajar kitab fikah di masjid dan surau. Jangan hanya tahu menghukum itu haram dan ini haram. Ini…sudah jelas lagi nyata, mereka berkerja di kilang arak, membawa lori arak…apakah hukumnya Adakah Ketua Dewan Ulama PAS Selangor tak tahu…takkan saya nak bagi hadis kepada beliau? Tidak kah mereka pernah menasihati Hasan Ali? Atau mereka pun bagaikan ’lembu kenyang’ juga?

Di samping itu, saya nak bertanya kepada Hasan Ali, mana dia segala perancangan untuk anak-anak muda, remaja, belia dan beliawanis Selangor. Dahulu, semasa dok berkempen, bukan main lagi dok bagi tahu, segala macam statistik tentang kerosakan akhlak remaja dan muda-mudi Islam. Yang berpeleseran, bersekedudukan tanpa nikah, bohsia, mat rempit dan sebagainya. Kini, kamu sudah ada kuasa, maka kenapa senyap sahaja? Gunakanlah segala kepakaran dan ilmu anugerah Allah itu untuk kebaikan rakyat Selangor. Sampai hari ini, remaja berpeleseran masih bersepah, termasuklah di Datara Shah Alam, di taman-taman tasik dan di mana-mana. Merempit masih menjadi-jadi. Takkanlah semua statistik itu hanya berguna semasa kempen pilihan raya sahaja kot?

Justeru itu, maaf…sehingga kini, saya boleh bagi markah paling tinggi pun ’C-’ sahaja kepada Hasan Ali. Jika Halimah Ali saya bagi ’B+’. Iskandar Abdul Samad pun saya boleh bagi ’B’. Sebab apa? Sebab sampai kini tiada satu usaha bersunggih sungguh dan gerak kerja konstruktif daripada Hasan Ali untuk memanfaatkan jawatannya demi kebaikan rakyat Selangor. Tiada satu tindakan bersepadu dikemukakan, misalnya membentuk Modul Pendidikan Remaja….yang ada …memang tak ada apa-apa. Hasan Ali hanya ghairah dengan forum perdana lagendanya. Masih ghairah memanggil orang mendengar celotehnya…aduh…adakah ini Hasan Ali yang aku undi?

(Nota: Masih banyak lagi yang boleh diperkatakan…anda tunggulah, insya-Allah. Mudah-mudahan teguran ini akan sampai kepada Hasan Ali. Ini teguran dari pengundi Hasan Ali, yang mungkin jika saya tidak mengundi beliau, maka beliau masih bukan seorang YB! Jadi, sedar dirilah sikit.)

CF-PerakExpress

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

4 comments:

' Munajat ' said...

Alhamdulillah...isian yand padat dan bermanafaat,insyaAllah SWT memberkati usaha semurni ini...sallam!

Unknown said...

Betul3x

Anonymous said...

namakahai ku lah hassan ali....

hafizzuddin said...

Salam ziarah, salam ukhwah.

Sesiapapun berhak utarakan pandangan/pendapat.

Hasan Ali memang seorang ahli akedemik yang hebat, kita ini manusia ada kelebihan dan mungkin lebih banyak lagi kekurangan, untuk kita berlaku adil kepada saudara-saudara kita supaya tidak timbul fitnah, elok rasanya kita berjumpa sendiri dengan insan bernama Hasan Ali dan bertanya dari hati ke hati, dengan semangat ukhwah persaudaraan Islam, saya pasti kita akan menemui jawapan yang akan meredakan gelisah hati kita ini.

Ingat pesan ini, penyakit yang paling susah diubati adalah penyakit hati kerana hati itu ada dua bahagian, pertamnya organ hati itu sendiri dan keduanya isi di dalamnya, jika rosak yang pertama mungkin kita akan mati kerananya tetapi jika rosak yang keduanya maka azab kubur menunggu kita, berdoalah kita supaya dijauhi penyakit hati ini.

wwalam

"Kempen kibar Jalur memali"
http://purnamadariselatan.blogspot.com/
http://penaminda.blogspot.com/