Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, November 16, 2009

PAU KACANG MERAH DALAM KENANGAN

بسم الله الرحمن الرحيم



Sebenarnya kisah yang aku paparkan ini bukanlah begitu menarik, cuma apa erti persahabatan dan bagaimana kita menjalini dan menghargai sebuah persahabatan. Iringilah sahabat dengan doa-doa semuga ALLAH mempermudahkan jalanan hidup mereka.

Tentu ramai yang suka makan pau,lembut dan pelbagai inti yang ada. Sebenarnya dah hampir 6 bulan aku tak makan pau kacang merah. Namun apabila aku berhenti di hentian rehat menuju utara semenanjung terpandang pau lantas aku membeli dua ketul yang masih panas. Lantaran pau kacang merah teringat aku pada seseorang pemuda yang setiap hari akan memberi tiga biji pau kacang merah yang akan ditinggalkan diatas meja.

Pertama kali aku temui pemuda ini sewaktu hari pertama beliau melaporkan diri di syarikat aku, kami berkenalan di dalam lift sewaktu menuju ke department masing-masing. Aku pun tak ingin nak ambil tahu beliau sebagai apa. Cuma aku bagi tahu kiranya mahu more info tentang syarikat dan perlukan bantuan aku sedia membantu lantas aku memberi tahu no telepon.

Satu pagi kami bertemu lagi di lot parking, aku melihat pemuda itu membawa kuih dan sebungkus nasi lemak. Semasa menuju ke deparment masing-masing aku sempat menayakan, apa inti pau tersebut,emmm inti kacang merah sedapnya memang kegemaran aku. Dengan ikhlas dan bersungguh-bersungg uh beliau menghulurkan pada aku, pada mulanya aku malu-malu tapi aku menyambut dengan ucapan terima kasih. Pada keesokannya hari ada kuih pau diatas meja. Aku mula berminat untuk mengetahui tentang diri pemuda itu, orangnya pendiam, berbudi bahasa yang aku kira dah berumur dan telah mempunyai isteri dan anak-anak. Rupanya masih bujang. Disitulah persahabatan kami bermula. Pemuda itu lebih pengalaman kerja yang mana telah bekerja dibeberapa buah syarikat swasta yang terkemuka.

Yang membuat aku lebih suka pada beliau, banyak memberi motivasi dan pengetahuan agama. Aku hanya menyukai pada beliau tapi tidak jatuh hati. Persahabatan kami cuma 6 bulan. Sejak tiba bulan ramadhan tiada lagi kuih pau diatas meja. Sikap beliau yang sederhana walau pun punyai kedudukan di company dan prihatin terhadap staff di bawah penyelengaraan beliau dan termasuk juga aku...hu..hu. .hu....

Di pendekkan cerita, kini pau kacang merah tiada lagi di atas meja aku, namun setiap hari aku akan merenung di sebelah kerboard aku. Siapakah yang mahu dan tahu kegemaran aku ini. Setelah tiada baru terasa rindu dan betapa pentingnya sebuah persahabatan yang telah terpisah kerana Allah dan persahabatan juga kerana Allah.

Kadang-kadang kita terlupa untuk menyelami isi hati seseorang yang menjadi sahabat, ini kerana kita sentiasa menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Atau pun sifat malu masih menebal dalam jiwa. Lantaran ada hati yang terluka atau pun dilukai. Terpulang... ......... ..

Semulia-mulia kewajipan bersahabat adalah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat-mu sebelum dikatakannya dan perkenankan permintaannnya sebelum dimintanya. Dan persahabatan tidak dapat hanya daripada satu pehak sahaja. Carilah sahabat yang jujur. Dengan demikian anda terpilihara daripada bahaya dan dialah tempat kembali ketika datang bencana.

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”

Riwayat Al-Tabrani

Huraian
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.

0 comments: