Bismillahirahmannirahim..
kelmarin aku melihat di kaca tv
ada famili makan nasi
beras gred bawah sekali
cuma sekali sehari
dengan sayur kangkung yang dipetik di pinggir kali
sekadar mengalas perut yang berbunyi
tidak pula ku lihat ada kerut di dahi.
sedang aku terbiasa makan nasi
beras wangi gred atas sekali
bila-bila mengikut kehendak hati
kekadang berkali-kali dalam sehari
dengan kari ikan tenggiri atau kurma bebiri
atau lain-lain makanan selayak tuan puteri
itu pun kekadang masih tidak puas hati
hanya kerana tiada sayur broccoli.
mengapa aku biadap sekali
seolah-olah merasa semua rezeki
sudah menjadi hak sendiri
terlupa akan segala yang dinikmati
adalah dari Rahmat mu jua wahai Ilahi
makhluk jenis apakah aku ini?
Ya Allah ya Tuhan ku
ampunilah daku
atas segala kelemahan ku
semoga Ramadhan 1430 ini
menginsfkan aku siapa diri.
*selamat berpuasa
Posted by al-lavendari
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
6 comments:
t. kasih saudara kerana post kan puisi saya. tapi kisah yang sdr ceritakan memang benar2 menyentuh hati saya. ingatan segera kepada anak2 saya yang tidak pernah kenal erti susah. pergi sekolah kena hantar dengan kereta sampai pintu bilik darjah. tetapi rupa2nya disebalikanya masih ada lagi orang yang miskin seperti yang sdr ceritakan. saya cuma melihat dikaca tv dan sdr melihat dengan mata sendiri... tentulah kesannya berbeza.
little bit of tear drop when i read this..
it remind me tyme i kecik2 dlu..
thanks yeah..
btw..i syukur
waktu ku kecil begitulah keadaan ku.....tp sekarang Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha dan doa yang tidak pernah putus kepada Ilahi semuanya berubah walaupun x kaya tapi cukup.....Syukur..
Bagi yg dah kaya hulur-hulurkanlah sumbangan pd mereka yang memerlukan....
Ingat Allah boleh ambik balik rezeki yang kita dapat tu sekelip mata je.....
Jangan lupe raya dah nak dekat Tunaikanlah Zakat Fitrah dengan segera takut nantu terlupe....
terima kasih komen serta ingatan dari sahabat semua...
best puisi al-lavendari nie kan..
Salam,
Sengaja perkiraan ini diletakkan disini supaya ada komen dari sahabat yang lain.
Kiamat bukan hak kita untuk meramal, hanya sekadar untuk menguatkan IMAN dan memperbanyakkan AMAL
Pengiraannya begini.....
Diriwayatkan umur umat Islam ialah 1500 tahun setelah Nabi Muhammad diutuskan sebagai nabi dan rasul terakhir. Tahun ini adalah 1430 hijrah. Dan perkiraan hijrah bermula apabila hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Jadi, 13 tahun di Mekah perlu diambil kira.
Jadi: 1500 - (1430 + 13) = 57 Tahun
Diriwayatkan Nabi Isa as akan bersama dengan manusia apabila turun ke bumi selama 40 tahun.
Jadi: 57 - 40 = 17 tahun
Jarak antara kemunculan Imam Mahdi dan tu
runnya Nabi Isa as ke bumi adalah 7 tahun.
Jadi: 17 - 7 = 10 tahun
Apa pun ini bukan kiraan yang boleh diterima pakai kerana peristiwa kiamat adalah hak Allah untuk menentukan bila masanya.
Akan tetapi, ada riwayat yang mengatakan bahawa: sekiranya kiamat bakal terjadi esok, nescaya akan ditanguhkan supaya Imam Mahdi muncul untuk membawa kemenangan kepada pihak Islam.
Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa: Kita dituntut untuk berbait dengan Imam Mahdi walaupun dalam keadaan merangkak.
Dilemma....
Dilemmanya, mampukah kita (atau generasi kita akan datang) untuk melakukan itu apabila dunia melihat itu sebagai terrorisme?
Bukahkah ini (tuduhan terrorisme) adalah salah satu dari fitnah akhir zaman.
Dalam riwayat juga mengatakan: Fitnah akhir zaman itu adalah seumpama seekor semut hitam, diatas batu yang
hitam di malam yang pekat tanpa sebarang sinaran bulan.
Akhir Zaman
Kita memang umat akhir zaman. Kita tahu umat Islam ditindas dengan pelbagai cara untuk merosakkan akidah tauhid mereka. Kalau dulu melalui siri peperangan, tetapi sekarang lebih kepada perang saraf atau psikologi. Contoh.. menutup aurat. Begitu lemah sekali iman kita.
Persoalannya??
Dimanakah tahap IMAN dan AMAL kita? Hanya Allah yang tahu dan kita seharusnya berusaha mencari keredhaanNYA.
Wassalam
Post a Comment