Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, September 12, 2009

1MALAYSIA: Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan...

Bismillahirahmannirahim..



Dekat atas ni ialah gambar seorang penduduk dalam kawasan Parlimen Pekan...

Namanya ialah Muhammad Hassan...

Saje aku paparkan gambar kedhaifan penduduk dalam kawasan Parlimen PM sendiri... bukan apa... aku teringat kata-kata PM semalam (sumber - sini) -

* UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

* Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

* “Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

Amacam..? ni PM kita ni cakap bahasa apa..? kalau tak membelit-menipu sekali dalam sebulan tak boleh ke..?

Yang aku paham sekarang - 1Malaysia - Rakyat DidaHULUkan, Pencapaian DiuTAMAKan.

Ptuih..! - Perisik Rakyat

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

25 comments:

sukur said...

mungkin dia terlepas pandang kut..apa kata kita pergi saluran yg betul utk beritahu dia..PM bukan nabi or tuhan..sian dia.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Sebenarnya masaalah kemiskinan ini terdapat diseluruh dunia.

Hatta di negara 'terkaya' didunia sekalipun @ Amerika Syarikat terdapat lebih dari 31,000,000 orang papa kedana yang bergelandangan.

Sila ke : http://www.nypirg.org/homeless/facts.html untuk data statistik terkini.

Setiap malam sedang kita sedap berinternet dari rumah kita masing masing, di seluruh Amerika Syarikat lebih dari 700,000 orang bergelandangan tidur di tepian jalan, taman taman didalam kotak kotak, di bawah jambatan, bangunan usang, kereta buruk, dsbnya.

Berjuta lagi tidur di 'shelter' dimana rakyat termiskin Amerika Syarikat diberikan makanan sup dan roti, sebuah katil bujang dan perubatan untuk malam itu.

Esoknya tepat sekian jam, mereka akan dipaksa keluar dari pusat perlindungan itu dan kemudiannya pada sebelah petang akan beratur kembali untuk didaftar masuk ke malam harinya!

Kita kena kaji balik akan sebab musabab orang yang 'daif' didalam negara kita termasuk pakcik tua di Pekan ini jadi begitu?

Sedangkan berjuta juta orang asing datang mencari makan di dalam negara kita dan menjadi kaya raya hasil usaha dan titik peluh mereka, apakah yang telah orang tua ini dan mereka yang senasib dengan nya telah lakukan untuk memajukan diri semasa muda belia?

Jika segala benda hendak kita harap dan salahkan pada orang seperti Najib, maka kita kena ambilkira akan skop tugasan seseorang 'pemimpin' itu.

Sedangkan di Kelantan Darul Naim yang sudah dibawah perintah PAS sekian lama ini ada orang miskin serupa dengan orang tua kat Pekan ini, tak pula kita nak ketengahkan!

Kita sebagai blogger Muslim wajib berlaku adil dan sama rata.

Jika nak teropong buntut si Najib atau siapa sahaja pemimpin kerajaan baik BN atau PR, percayalah kita kan jumpa seribu satu kes serupa.

Tak adanya siapa pun yang sempurna melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala termasuk kita ni juga.

Bawa pertimbangkan pandangan orang tua ini pula yakni saya sendiri.

Apakah tidak benar kata kata saya wahai tuan empunya blog?

Semoga kita adil didalam melapor atau berpendapat.

Orang orang sebegini susah kerna tidak berusaha.

Mat Bangla, Indon dan Pakistan datang sini, kerja keras dan berjaya.

Orang kita seperti ini masih bermentaliti ingin disuap.

Maaf. Zaman berzaman manusia diperintah Allah supaya berusaha mengubah nasib bukan jadi parasit!

Ini realiti kehidupan.

al-lavendari said...

walau pun saya setuju sepenuhnya dgn pandangan Mahaguru58, saya juga ingin mengingatkan bahawa:

"kadang2 dalam sepuluh ekor anak ayam yang baru menetas, ada juga seekor dua yang buta yang perlu di beri makan di tapak tangan".

Kekacang said...

Jawapannya mudah, sebab sibuk mengayakan Orang Kemboja di Pekan. Orang Kemboja diberi tanah, peluang, elaun, sara hidup, bantuan sebab ada gunanya di hari mengundi.
Sedangkan rakyat Pekan diberi cukup - cukup makan agar sentiasa bergantung.
Lepas tu bagi alasan, orang asing ini rajin dan berusaha.
Senangnya menjadi pemimpin.

Anonymous said...

senangnya jadi pengikut !!!

arryani said...

Pndangan peribadi saya..

bukan salah orang atasan...yg salah ialah org yg dipertanggungjawabkan utk membuat kerja sehingga perkara ini terlepas pandang..

Dan lagi..

kalau nak bantu..

jangan bagi sayur..
tapi bagilah benih agar dia boleh belajar mcmana nak terus kan hidup...

wallahhuallam..

Iddin said...

Saya setuju dengan pendapar aryani. Kita tidak boleh menyalahkan pihak atasan semata2, tapi kadang2 masalah pemimpin bawahan yang tidak peka atau memang tidak mau ambil berat masalah seperti ini. Hopelly everything will change... Kesian pak cik dalam gambar tu...

abang besi said...

sian...

khaulah al-azwar said...

Salam. erm.. sejak akhir2 ni ana tgk pihak BN buat promosi pd rakyat bagai nak rak inilah peranan depa mengkaburkan hati rakyat.tetapi apa motif depa sebenarnya? sndri mkn pengat sendiri mau ingat.jgn terpedaya rasuah yg diberi pd rakyat.Selamatkan UMAT ISLAM daripada ditindasi oleh Puak BN dan pimpinan mereka..wallahhualam

Emerald Bersatu said...

Salam...
Saya setuju dgn sukur. Buatlah laporan di saluran yg betul. Jika tiada tindakan barulah ada something wrong. Kalau kita dah nampak ada sesuatu yang tak kena dgn mata kita sendiri, wajiblah kita buat sesuatu utk membetulkannya. Jgn hanya bising di blkg tapi habuk pun tak ada krn itu tidak dapat membantu mereka yang dalam kesusahan. Allahualam...

Anonymous said...

kerajaan kutip cukai dari rakyat... dlm setahun, berjuta2 billion dpt diperoleh... hanye 20% di salurkan pade rakyat semula..mane pegi yg 80%?? walaupon duet tu digunakan tok pembanggunan, knape masih ade lg kwsn yg x dbngunkn?? kalo 50% tok rakyat n 50% lagi tok benda lagi... percaye ler... org mskin x wujud kat malaysia... org tua tu pown 1... usaha lah!!!

Anonymous said...

mahaguru 58 kata kebanyakan orang susah tak berusaha.Benarlah tetapi kalau dah usaha setakat kemampuan sahajalah.kelebihan manusia tidak sama.Beruntung kerana kita orang yang pandai cari duit.Tetapi ada juga nasib orang miskin ini untuk tengok setakat mana prihatinnya orang kaya kepada mereka.Tak ada orang miskin buat kerja tak ada juga orang yang kaya dengan titik peluhnya.Gaji sedikit yang dibayar kadang-kadang tidak setimpal keuntungan yang didapati majikan.Mereka memeras tenaga orang bawahan.Saya nak tanya mengapa ada orang yang kaya jatuh bankrup.Semua ini adalah takdir dan kita tidak boleh biarkan pemimpin kerajaan membuat slogan yang tidak seperti buat kerja.Sokongan yang tidak sepatutnya kepada kerajaan yang terang-terang kaya raya tetapi biarkan rakyat tanpa pembelaan.

Turr Punya Umno said...

EMMMM.... agaknya klau org miskin ni semua pemalas ek ? org kaya tu semua rajin kan..

Scholars83 said...

part melebih2kan org kemboja bagi pilihanraya tu mmg bertepatan dengan ape yg telah aku dengar dari mmber aku org kuat umno yg menjadi cikgu kat pekan...

BUJANG SUSAH said...

Terima kasih kepada sahabat2 semua. Izinkan saya yg tidak tinggi ilmunya berbanding saudara sekelian mencelah di ruangan komen ini.

Sebagai umat islam kita sering berkata berpandukan Al-Quran. Tapi ug selalu kita lupa kita hanya mencedok separuh2 jer ayat quran tu. Cuba baca surah dibawah dengan teliti..

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

So.. kemiskinan sesuatu yang berupa bala bencana juga satu ujian.. cuba tgk plak ayat dibawah ni..

"Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (az-Zumar: 10).

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,."(Al Baqarah 155).

Allah kata bila Dia mengasihi seorang hamba Dia akan memberikan ujian kepada hambanya. Dan jika hambanya itu sabar ia akan diberikan pahala tanpa hisab. Jadi... adakah mereka2 yg diberikan ujian ini boleh dikelaskan sebagai pemalas..? Sedangkan Allah mengasihi mereka?

lihat pula ayat dibawah..

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn).

Bukankah kalau kita redha atas segala dugaan itu ia akan bertukar kepada kifarah. Apakah golongan yg diberikan dugaan dgn kemiskinan dan kesusahan ini boleh kita katakan pemalas?

Yang last sekali saya nak tanya... Adakah ada diantara kita yang senang dan mewah, tiada masalah yang besar sgt. tiada beban dan dugaan dan rajin. confirm akan masuk syurga?

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

Jangan kita lupa.. Rasulullah hidup dgn segala kedaifan dan kekurangan. Hidup dgn berbagai dugaan dan cobaan. Kedaifan Rasulullah sehingga pernah bersahur dgn segelas air kosong dan berbuka dgn separuh tamar. Sedangkan boleh saja jika rasulullah nak bermewah2. Boleh saja apapun terjadi dgn satu doa dari Rasulullah. beranikah kita katakan Rasulullah sebagai pemalas..?

Wallahualam.

CheQ PP JoY said...

jgn suka menuduh,memfitnah..selidik dulu...PM manusia biasa..kat parlimen pekan tu bukan ada 100 orang je yang tinggal kat situ...kalau and ketengah kan insan ini lagi baik dari anda mengaibkan orang lain...and juga manusia dan punya tanggungjawab..jadi sama2lah kita membantu bukan menambahkan lagi aib seseorang..apapun kebaikan kita wajib sokong.. jika anda yang didalam foto ini,anda juga tahu nak buat apa..buang sifat kuno anda ini...tq

IeYzA said...

setuju dengan mahaguru...semoga apa yg dikatakan boleh diambil iktibar untuk terus berjaya...

BUJANG SUSAH said...

Yup.. sekurang2nya saya dah usahakan yang termampu.. xder la kalau saya ada blog ni saya nak gunakan untuk letak cerita dan gambar saya bersama makwe saya jer.. hehehe.. Sekurang2nya klau ada org2 PM yg terbaca blog ni boleh la PM dan kuncu2nya buatkan pakcik ni rumah baru. Awk dah buat apa dgn blog awk dik? X cuba sebar2kan ke berita ni? atau blog tu just untuk publishkan cerita cinta awk bersama kekasih awk jer.. hehehe

jgn marah eh... selamat menyambut syawal yg bakal tiba.. hehehe.. maaf zahir batin..

Anonymous said...

assalamualaikum..
aku adalah seorang lagi anonymous.. aku pun setuju dengan mahaguru dan yang lain2 tu dimana kita harus berpandangan luas dan berpikiran luas..baca berita global banyak2..
Sebenarnya aku pun taktau ape yang dikatakan oleh tuan punya blog yang dia sudah berusaha.. berusaha kearah ape tu?? kalau benar2 anda ingin membantu..anda tidak seharusnya membidas pihak yang boleh membantu..Kerajaan tidak akan tau berapa ramai kemiskinan kalau orang2 yang miskin ini tidak dikenal pasti. Sekiranya anda ingin membantu golongan miskin ini, dan lebih spesifik pakcik yang posing depan pondok yang compang camping tu.. apa kata anda berikan beberapa langkah untuk beliau mendapat hala tuju yang betul.. bagitau dia, kalau tidak pun, anda pergi ziarahi dia, dan bagitau ape yang patut dilakukan..kalau anda tidak berupaya membantu dari segi kewangan, sekurang2nya anda dpat menyumbang dari segi akal fikiran anda yang waras dan bernas itu dengan memberikan beberapa jalan keluar.. kepada siapa harus di tuju?? setelah berserah kepada Allah semuga segala urusan dipermudahkan, sudah tentunya anda bertemu dan meminta pertimbangan bantuan dari pihak2 tertentukan? iaitu Kerajaan, sbb orang kaya susah nak jumpa, jadi Kerajaan lah yang paling sesuai untuk mengajukan sebarang aduan..

Sebenarnya Anda menggunakan keadaan dhaif pakcik ini untuk anda mencaci cela Kerajaan, untuk kepuasan anda sendiri, adakah cita-cita anda juga tidak tercapai?? usaha beb! usaha! disini siapa yang hipokrit.. anda pikir lah sendiri [bak kata nabil] hahahahaha

BUJANG SUSAH said...

Saya dah panjangkan berita ini.. anda dah panjangkan apa? panjangkan dan sebarkan komen jer ke? Saya berblog untuk memberi info pada siapa2 saja yg ingin mengetahui. kerana itu kemampuan yg saya ada. Tapi anda.. hanya komen sekadar memuaskan hati saja ke..? Dah pergi bantu pakcik ni? Atau sekadar lepak2 sambil karang komen? Hehehe..

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

Jangan marah yer anon. Maaf zahir batin.. Selamat menyambut syawal yg bakal tiba.. hehehe

Wassalam.

mamamin said...

assalamualaikum wbt....
hurmm.. kebebasan bersuara nampaknye kat blog ni.. Sabar BS sabar..ambil yang positif, ambil yang menfaat..salam aidilfitri eh!! jom mancing.. :)

Anakkhas said...

bujang susah pun susah kan.
sabar bujang susah tu nikmat.
pm kita tengah meraikan kejayaan lagi tu. tunggu pilihanraya..

BUJANG SUSAH said...

InsyaAllah.. X susah mana pun jika nak dibandingkan Rasulullah dulu.. internet masih boleh bayar... soru pun x miss.. hehehe..

Selamat menyambut syawal yg bakal tiba.. semoga kita sentiasa dirahmati Allah. insyaAllah.

Turr Punya Umno said...

Aku nak tanya si bodoh yg tak ada nama ni.. Yang hang melalak tak tentu pasal ni hang dah buat apa? Buat bodoh jer ke? Bodoh hang tu tak payah nak buat-buat lagi dah. hang tu dah memang sejak azali dah bodoh.
Pemerintah tu diangkat oleh rakyat kan? Mana tanggungjawab mereka untuk membela rakyat? Hang ingat kerajaan tu mcm hang ka? Kerja untuk dapat gaji bulan dan kasi makan anak bini sendiri je? Itulah gunanya rakyat memilih pemimpin. Untuk menjadikan rakyat hidup lebih selesa. Untuk ambil tahu masalah rakyat. Bukan untuk isi tembolok sendiri jer mangkok.
Klau negara banyak duit tp pemimpin hang buat beli kapal selam perang dunia kedua yg dah karam tu nak buat apa, sedangkan rakyat susah dia tak ambil kisah pun.

Sudah la mangkok..!! hang pun setakat memeluk tubuh jer. Aku tak back up tuan rumah pun, tapi dia ada usaha nak beritahu org lain bahawa masih ada org susah yang perlu dibantu dari beli kapal selam karam tu. Keikhlasan bukan hang tau pun.

Dok komen berapi-api jer budak sekolah pun tau. Hang dah buat apa? Buat BODOHHHH jer lerr..!!!

Lepas tu siap kata "bak kata nabil".. kahkahkahkah.. Macam budak-budak. kahkahkahkah.

fizi said...

salam,

boleh bagi maklumat tambahan mengenai gambar di atas eg nama, alamat dsb? mungkin saya boleh sampaikan kepada pihak yang relevan