Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Saturday, September 12, 2009

PENGUNDI INDIA MENYAMPAH DENGAN BN, BUKAN MENYAMPAH DENGAN SAYA - SAMY VELLU

Bismillahirahmannirahim..

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN - Malaysiakini


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

6 comments:

Suffian salim said...

saya suke sammy velllu..huhu

arryani said...

Yang tua tak semestinya jadik ketua...

dan..

tak semestinya mampu pegang jawatan sampai ke tua...

patut ada pmbaharuan..

jangan sampai jadik parti syok sndiri..

(dia sama dia... jek yang meriah dalam parti..

sampai kat rakyat...semua jelek!!!)

p/s Skadar pndgn peribadi...

Anonymous said...

ayoyo..!! samy vellu pun.. ada hati nak jadi pemerintah kuku besi ke? udah2 laa.. kalau rasa sihat lagi, sammy vellu patut bawak bini pegi menjelajah serata dunia, jalan2 makan angin, jadi pegembara dan bawak balik pengalaman disepanjang perjalanan.. politik ni serahkan pada orang baru pulak..sayang ke nak serah kuasa? atau nak serah kuasa pada yang boleh kaotim seterus nye nanti yer?? kat situ cari makan kat situ buang najis, isk! isk! isk! yenna deyy..

mannmusa said...

itu samy sudah keliru. dia sudah tidak faham keadaan. tak benci tapi benci BN. siapa dalam BN. oooo itu vellu jugak...

susah mau kasi ini orang faham...
eloklah tu geng samy mengekalkan status qou dalam kepimpinan MIC ianya adalah manifestasi awal keputusan PRU 13 nanti...

Anakkhas said...

sami tu ketua samsing macam mana nak jatuh. tapi kelakar lavideo tu benda atas jatuh bawah la mana ada benda bawah jatuh atas. memang jawapan dia la. satu lagi jawapan dia yang sakit hati ialah kes banjir kalau tak silap" saya bukan tuhan yang kasi hujan tanya sama tuhan la... budak sekolah rendah pun boleh jadi menteri kalau jawap macam tu.

Media Cyber Haprak said...

mmg pengundi india benci samy dan benci BN..tuh pasai pilihanraya ker 12 hari tu.....BN kalah kerusi banyak...kan takat pengundi india..pengundi cina pon..eHh..pengundi melayu pon sama laaa...hahahaha......betul ler kata samy belu tuh kan?...apa tak betoi laks......hahahah