Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, August 24, 2009

UMNGOK ZAMAN NAJIB PARTI TAK BOLEH DIBANGKANG

Bismillahirahmannirahim.

UMNO Zaman Najib Altantuya merupakan parti yang tak boleh di bangkang

Dituduh ada muslihat jika bangkang UMNO: Zaid

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO akan menuduh sesiapa yang tidak bersetuju dengan tindakan parti itu sebagai bermotif muslihat untuk menentangnya, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Kata beliau, tindakan itu jelas apabila pemimpin tertinggi parti itu terus mempertahankan Rohaizat Othman sebagai calon terbaik BN bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir walaupun telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam

Rohaizat digugurkan sebagai peguam kerana didakwa syarikat guamannya telah menggunakan wang klien, sebuah koperasi kira-kira RM160,000.

Menurut Zaid, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Rohaizat sebagai pilihan terbaik Barisan Nasional (BN) kerana BN tiada calon lain yang lebih berkelayakan.

“Mereka mengatakan kesalahan calon itu sebenarnya isu persepsi semata-mata. Jadi bila para pemimpin UMNO kata itu soal persepsi, mereka sebenarnya cuba menutup hakikat sebenar. Apakah mereka ingat rakyat Malaysia masih jahil?.

“Malah bila rakyat berkata UMNO sekarang terlalu perkauman, penuh dengan rasuah dan gila kuasa, para pemimpinnya pun kata itu persepsi. Tetapi kita tahu ini semua bukan persepsi. Ini semua ada bukti dan asasnya,” katanya dipetik blognya semalam.

Beliau berkata, Majlis Peguam telah lama memecat Rohaizat sebelum hari penamaan calon lagi bahkan tidak mengetahui beliau akan dipilih sebagai calon BN di Permatang Pasir.

“Muhyiddin yang mulakan kempen tuduh Anwar Ibrahim pengkhianat, sekarang pula membelasah Majlis Peguam, kononnya badan itu ada agenda sendiri untuk membantu pihak pembangkang sedangkan Majlis Peguam hanya menjelaskan keputusan yang diambil oleh mereka mengikut lunas undang-undang,”katanya.

Zaid turut menjangkakan Muhyiddin mungkin juga menuduh Mahkamah Tinggi juga mempunyai agenda lain kerana turut mengekalkan keputusan Majlis Peguam tersebut. - KedahLanie

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

3 comments:

Unknown said...

Umno ni dah xde calon lain ke.letakkan calon bermasaalah memag cari nahas la..Bloger umno sendiri x setuju dgn Rohaizat ni sebagai calon.

daaziz said...

Selamat Berpuasa. Pak Caq suka ur blog yg informative n suggestive.

BUJANG SUSAH said...

Thanks Pak caq.. semoga memberi manfaat insyaAllah..