Bismillahirahmannirahim..
Kes Kartika Sari: Empunya diri dah redha dengan hukuman, orang lain pula yang sibuk-sibuk
CUBA anda baca komentar yang dihantar oleh Norhayati Kaprawi, 25 Ogos 2009 di Malaysiakini. Sungguh menyedihkan, dan cukup menghinakan.
Penulis yang mendakwa pernah bertugas sebagai Pengurus Program Sisters In Islam (patutla beliau guna logik akal, dari SIS rupanya) dengan begitu biadap dan kurang ajar cuba mempersoalkan hukuman yang dikenakan ke atas Kartika, yang didapati bersalah mengambil minuman keras (arak) semasa di sebuah Kelab Malam di Cherating.
Bagi beliau, kesalahan Kartika (meminum arak) tidak memudaratkan sesiapapun, dan untuk menjustifikasikan logik akalnya itu beliau telah membuat perbandingan dengan mat-mat rempit dan peragut.
Tindakan beliau ini bukan bertujuan menegakkan Islam dan hukum, tetapi semacam menggalakkan lagi orang Muslim meminum arak. Atas alasan minum arak tidak memudaratkan sesiapapun.
Yang empunya diri sudah redha dan ikhlas ingin menjalani hukuman sebat, atas kesedaran bahawa apa yang beliau lakukan adalah salah dan haram di sisi agama. Orang lain yang dok sibuk-sibuk tak tentu pasal ni kenapa? Islam bukan berjalan dan tertegak dengan logik akal sepertimana yang kamu anuti itu.
Majlis Fatwa Kebangsaan yang hebat dan cepat bertindak, kenapa kamu tidak keluarkan fatwa dalam hal ini? Sepatutnya Sisters In Islam ni dah lama dimansuh dan diharamkan macam Al Arqam. Kehadirannya bukan menerangkan, tetapi menyesatkan.
Posted by PEMUDA PAS KEMAHANG 1
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
3 comments:
hurmm..
pertama sekali nye yang kaki sebok ni sebenarnya adalah refleksi pada diri sendiri yang pernah minum arak, atau masih lagi minum arak..bukan simpati tu..tapi precaution kalau diri sendiri pulak tertangkap boleh la buat rayuan..
kedua nye pulak SIS <<--memperjuangkan logik, bukan memperjuangkan hukum islam..mmg la x memudharatkan sesape, tapi SIS tidak memandang dari segi image akhlak dan hukum sebagai seorang islam..
Setuju sangat kalau SIS ni di mansuhkan..ada nye orang2 sebegini yang sebenarnye memudharatkan..
Wallahualam..
Suruh dia pergi kat tempat tu ganti Kartika.Mahu tak.Tambah 1 rotan lagi sebab buat tulisan yang menghina.
SIS ni memag patut diharamkan dari dulu lagi tapi kenapa kerajaan buat pekak badak je pasal ni.Sudah banyak kali kenyataan SIS menghuna Islam.Kalau kes politik cepat pulak dia siasat.
Yang SIS ni pun satu dia ingat umat Islam dalam Malaysia ni pondan ke,berani dia buat kenyataan hina Islam lagi.inilah salah satu contoh Islam plastik yang Tokguru cakap tu.
Post a Comment