Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, August 25, 2009

PAS MENANG DI PERMATANG PASIR

Bismillahirahmannirahim..

kemaskini 7.31pm PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

IMAGE 1:


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

IMAGE 2:

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. - Malaysiakini

IMAGE 3:


BS: Alhamdulillah.. Allahuakbar...!!! Rasa2 korang la, Apa dialog yg patut ada pada image-image kat atas tu ek ?
Korang karang la sendiri... hehehehhe..

UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

9 comments:

Anonymous said...

Imej 1
Hmm,habis la hang.aku dok kata dah tak menang pasai apa nak lawan jugak.Ni toya punya kes la ni.Macamana kita tukar tempat lak.
Imej2
Lah:Masa aku dah lepas,la ni hang tanggung pulak.Hang punya 1Malaysia x sampai kat sana.
Jib:Aku tau la.Aku dah hantaq aku punya orang kuat pi tapi apa depa kata tak tau la.Aku nak bagi tau apa dengan bik mama.Kena tidur dimana pun tak tau.Masjid kot.
Imej 3
Jib:Hang punya pasai la.Mangkaq.Yang hang dok bukak cerita hantu tu pasai apa.La ni hang la hantu.Mentang-mentang aku tak bagi hang jawatan hang buat taik kat aku.
KJ:Salah kenen la.

Cik Cookie said...

seperti yg diuar-uarkan.

pecinta_Islam said...

alhamdullillah..muga akan terus menang dang menang lagi.insyarallah

Turr Punya Umno said...

Anon... lawak..lawak...

myQza said...

berita RTM menyebut.. Pas menang dengan majoriti yang berkurangan. aku hairan bin ajaib. Sudah menang mengapa mahu sebaut lagi majoriti yang kurang

kalau majoriti 1 sekalipun. menang tetap menang!

BUJANG SUSAH said...

Biasa la tu.. Dia x beritahu plak mejoriti kurang sbb peratusan org mengundi pun kurang...

raja bersiung said...

Undi UMNO 2008 = 5571
Undi UMNO 2009 = 5067

Yes.. yes.. yes...!!!!!!

tegar blogger said...

imej 1:

MOH: Amacam jip.. ko ni x pernah menang pun.. kat batang i dulu pun kita menang sbb dpt menipu. Ko berhenti jer laa lagi bagus...

JIP: Diam la kau..!!!

imej 2:

BEDUL: Dulu hang beria sgt nak jatuhkan aku.. la nie apa cerita..? Semua PRK kat semenanjung hang x menang.. hahaha.. padan muke hang...

JIB: uuuwaaaaa.....!!!!!

imej 3:

JIB: Kau jangan banyak cakap.. aku sepak ko nanti... (Pangggg...!!!!)

KJ: Aduhhhh...!!! uwaaaaaa....!!!!

Muhd Shafiq Azmi said...

tahniah pas....