Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, July 28, 2009

KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK POLIS SIFATKAN SEBAGAI KEMATIAN MENGEJUT

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, akan bermula esok di Mahkamah Shah Alam bagi mengetahui punca kematiannya.

Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Shah Alam, selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor. Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan beberapa dokumen termasuk laporan bedah siasat sebelum prosiding inkues bermula.

Keterangan dari 77 saksi yang dipanggil akan menjadi tumpuan. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka mendengar kes itu selama 15 hari.Antara yang dijangka dipanggil ialah 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.

Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.

Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan kuasa kepada koroner untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana seseorang itu mati, dan sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu.

Selain Gobind, keluarga Teoh turut diwakili peguam Karpal Singh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor.

Pejabat Peguam Negara masih merahsiakan siapa yang akan mengendalikan kes itu tetapi dipercayai ia dibarisi beberapa Timbalan Pendakwa Raya berpengalaman.

Tinjauan Bernama di Mahkamah Majistret 5 Shah Alam hari ini mendapati beberapa petugas sedang sibuk membuat persiapan memasang tiga skrin untuk memaparkan segala keterangan yang direkod sepanjang prosiding inkues itu nanti. Para petugas media dijangka berada di mahkamah seawal 6 pagi esok bagi mendapat tempat duduk di galeri awam memandangkan ruang mahkamah itu hanya mampu menampung sekitar 60 orang.

Di SHAH ALAM, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata walaupun inkues itu bermula esok, polis masih mengalualukan maklumat tambahan yang boleh membantu siasatan kes itu.

Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi ia boleh dipinda jika ada penemuan baru, katanya kepada pemberita. BERNAMA

BS: Wakakaka... lepas ni ramai lagi la yg kena humban dari atas bangunan.. paling2 pun polis akan kata kematian mengejut jer.. polis malaysia yang profesional... hehehehe

0 comments: