Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, June 29, 2009

ANDA AKAN MENJADI WANITA ANGGUN


Dengan kecantikan yang anda miliki,
teryata lebih cantik dari matahari.
Dengan akhlaq anda,
anda lebih harum dari minyak wangi
Dengan sikap tawadhu' anda,
anda lebih tinggi dari purnama
Dengan cinta anda,
anda lebih segar dari rintik gerimis
Oleh kerana itu peliharalah kecantikan anda dengan
keimanan, keredhaan dengan kepuasan. dan dengan
hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau
perak, tetapi dua raka'at menjelang subuh, dahagamu
di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang ter-
sembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH, air mata
taubat, sujud panjang di atas hamparan sejadah, dan
malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan
ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nercaya anda
akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meski pun
pakaianmu bertampal. Jadikan rasa malu sebagai baju
kurung anda, nescaya anda menjadi wanita yang paling
anggun di dunia meski pun anda tidak berkasut. Hindari-
lah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh
wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memper-
lihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan
menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa
mengendahkan norma-norma susila, kerana sesunggunya
mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta'ala:
" TIADA YANG MEMASUKINYA, KECUALI ORANG YANG
PALING CELAKA'' - Surah Al-Lail: Ayat 15



"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi)

7 comments:

Anonymous said...

ko dah jd mcm ali ketam ker takut nak kuarkan komen........

BUJANG SUSAH said...

ko yg dah x jumpe kot komen ko tu.. bingai la ko ni.. ko tgk ler kat side bar bawah sekali tu.. ko cari komen2 bingai ko tu.. semua ada kat situ.. wakakakkaa... woi.. abg raup apa cerita...? dah lebih 24 jam ni aku rasa mmg dah jadi batu karang kot.. abg din cakap lepas ni mesti sotong banyak punya.. kuang ajo la abg din ni.. hehhehe

Umi Nazrah said...

marilah muhasabah diri buat semua umat islam :)

Unknown said...

Hallow... bro.. kool lar taruk che guevara... mana masthead awek pas tuh.. sekadar komen

BUJANG SUSAH said...

Awek pas tu dah ceraikan gua laa.. wakakakakka...

Anonymous said...

aku antau komen kat tajuk org makan org tu...mana ada kuar....x kan takut nak kuarkan komen aku....dah pandai ikut mcm ali rustam lak ko ni.....baik jgn jd bloggers kalau mcm ni....

BUJANG SUSAH said...

Ko tu yg sengal... klau dah xder komen.. apa yg aku nak siarkan... sejak bila plak aku takut nak siarkan komen2 bingai ko tu.. ko tu yg dah taip pastu lupe nak klick publish your comment ko kata aku takut nak siarkan komen ko plak..