Bayi lelaki di pintu bilik air wanita
MERSING: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam sebuah beg kecil yang diletakkan di pintu masuk bilik air wanita Masjid Jamek Bandar Mersing, di sini, kelmarin.
Bayi dengan tali pusat yang masih berdarah itu, ditemui beberapa guru wanita kira-kira jam 4.50 petang ketika hendak menunaikan solat Asar selepas mereka terdengar suara tangisan bayi di situ.
Bilal masjid itu, Hussin Ngah, berkata sebaik saja mendapat panggilan telefon mengenai penemuan itu, beliau bergegas ke masjid.
“Saya terus ke bilik air itu dan mendapati seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dengan tali pusat masih
berdarah dalam sebuah beg di situ.
"Bayi berkenaan diletakkan dalam beg kecil dan diselimut dengan kemeja-T yang tertulis perkataan 'Puteri Islam'. Tiada sebarang nota ditinggalkan bersama bayi itu," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu di sini, semalam.
Beliau berkata, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dalam keadaan sihat dan kini berada di Hospital Mersing.
"Saya sudah lama bertugas di masjid ini dan inilah pertama kali kes buang bayi berlaku di sini," katanya.
Katanya, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing mengenai penemuan bayi itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi lelaki itu.
Beliau berkata, bayi itu sihat dan ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Mersing untuk pemeriksaan dan ketika ditemui, tali pusatnya masih berdarah dipercayai baru dipotong.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi IPD Mersing di talian 07-7992222 atau hubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mersing, Inspektor Julia Osman untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, ini kes buang bayi kedua dilaporkan di daerah ini tahun ini. Pada Mac lalu seorang bayi lelaki ditemui di tempat pembuangan sampah di pantai perkelahan Air Papan, dekat sini.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment