oleh RAHMAN ZAMRUD
bypass308.blogspot.com
salam, saya aje nak celah, biar geger sikit dunia blog yang nampaknya wujud perang entri antara penyokong Pas dan Umno, yang parti lain tak berapa nampak ketara sangat.
mengenai entri blog Dakwat_Kertas yang bertajuk PAS KOMPROMI MAKSIAT KERANA UNDI, SYARIAH BUKAN LAGI KEUTAMAAN, saya rasalah saudara patut lihat secara nationwide, tengok semua negeri ada jual arak, tapi kedai jual nombor ekor, toto (sukan konon)hanya tumbuh di negeri takluk BN.
Di Kelantan, sebesar-besar bandar Kota Bharu, arak hanya terjual dikedai-kedai makan berlesen khas yang kalau tak silap saya tak lebih 30 kedai pun. itu pun kedai di kawasan majoriti bukan islam. Supermarket ke 7 eleven ke, semua tak jual arak, yilek. ini sahih.
Masa Pas perintah Terengganu pun, semua kedai judi ditutup, tamat operasi. sampai sekarang pun walau di perintah semula BN, mereka tak berani pun nak luluskan lesen judi.
Jadi, mana negeri-negeri yang banyak kedai judi, tidakkah negeri dibawah pemerintahan BN, macam Perak, pulau Pinang, Selangor tu, kedai judi yang masih ada merupakan peninggalan pesaka BN dulu.
Cuba celik luas bijik mata, mana pusat judi terbesar di negara ni kalau bukan di Pahang. Saudara kena tulis ikut fakta, bukan kerana sokong parti mana-mana hingga boleh membelakangkan perkara sebenar.
Rakyat sebenarnya tengok dengan mata dan kepala otak, cuba teka mana negeri paling banyak rumah ibadat yang bukan masjid? Kelantan, dengan wat siamnya, kui Hindu dan tokong Cina berlambak. Tu,patung Buddha baring, duduk dan berdiri di wat-wat berlaian merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
kalau tanya bukan islam yang sokong Pas, sampai mati dia tabik Pas kerana "jaga dan tak kacau" mereka punya rumah ibadat, tapi bagi yang melihat fakta secara lengkap, Pas tak payah nak berbangga sangat kerana kebanyakan rumah ibadat tersebut dibina ketika kerajaan BN, cuma yang menjadi mercu tanda tu siap pada zaman Pas. Ertinya, kalau kata Pas "baik"nya jaga hati bukan Islam, sebenarnya BN juga sudah lakukan demikian sebelum itu, kuil kuil yang berlambak tu lah buktinya. Sama-sama ada "bisa" lah katakan.
Satu yang saya nak tegur ikhlas saudara berkaitan gambar Nik aziz dalam tokong Cina, saudara kena tengok dengan kepala mata sendiri, ia bukan untuk disembah. memang ada gambar tok guru dalam tokong Cina, ada saudara fikirkan kenapa? Apa logiknya gambar ustaz janggut pakai serban ditampal dalam tokong,kenapa pula gambar pemimpin hensem BN yang pakai kot, termasuk Ong Tee Keat tak pun kelihatan dalam tokong tu?
Di sinilah kehebatan mainan politik Pas terutama di Kelantan, sampaikan pemimpin mereka boleh diterima sedemikian rupa. Inilah perang psikologi yang patut dikaji oleh BN, kenapa bukan islam bukan sahaja boleh terima Pas, malah sampai gambar pun depa simpan, bukan hensem mana pun Nik Aziz tu, senyum berjanggutlah katakan.
Sepanjang pemerhatian sebagai "orang atas pagar" yang melihat karenah politik, sebenarnya Umno dan komponen BN tidak pernah serius kaji bagaimana Pas yang pada 70 an ditakuti, dibenci, dicap sebagai fanatik oleh bukan Islam, sekarang ni jadi terbalik kot, sampai bukan setakat dihampiri dan didampingi bukan islam, malah diberi sokongan politik untuk tewaskan calon BN yang dinaungi MCA dan MIC.
Marilah sama-sama fikir akan hal ini, yang sedang buat kajian politik untuk teksis pelajaran mereka, ini satu topik kajian yang menarik. Menarik maksud saya kalau kita buat kajian atau melihat dengan dua mata, jangan tengok dengan sebelah mata kerana bila lihat perkara politik dengan sebelah mata nanti hanya nampak satu simbol je, bulan atau dacing. salam suara pelbagai.
CATATAN: untuk baca lanjut entri asal Dakwat-Kertas, sila layari -
http://dakwat-kertas.blogspot.com/2009/05/pas-kompromi-maksiat-kerana-undi_21.html
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi)
0 comments:
Post a Comment