Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu pasukan penguatkuasa yang terdiri dari Jabatan Penguatkuasa MPSJ dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah menyerbu dua buah kedai tikam nombor di USJ1 Subang Jaya. Kedua-dua premis judi ini dilesenkan oleh kerajaan Pusat dan memperolehi lessen niaga (premise license) dari MPSJ.
Serbuan bukannya ke atas premis tetapi ke atas para pembelinya yang beragama Islam.Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor, orang Islam yang didapati berjudi adalah melakukan kesalahan dibawah peruntukkan ini dan boleh dijatuhkan hukuman. Apabila kami tiba pada hari tersebut memanglah ramai pembeli yang sedang beratur untuk membeli nombor dan ada yang baru mahu keluar dengan nombor tikaman masing-masing.
Apa yang saya mahu tonjolkan di sini adalah gelagat salah seorang yang telah ditangkap. Si pemuda Melayu ini marah-marah apabila ditahan oleh para pegawai pengutakuasa, menjerit-jerit mahu tahu apa kesalahannya. Lalu seorang pegawai JAIS memaklumkan beliau ditangkap kerana berjudi.
Dan pemuda tersebut dengan selamba tetapi penuh yakin berkata
lebih kurang bahawa jika ini dosa maka ianya antara beliau dengan Tuhan, mengapa pihak berkuasa mahu sibuk-sibuk. Malah beliau mengaku bahawa beliau berjudi untuk mendapatkan wang tambahan, katanya kalau beliau susah apakah JAIS bersedia membantunya!
Inilah realiti masyarakat kita hari ini. Belasan orang yang beragama Islam telah ditahan pada hari itu dan jumlah yang sama berjaya membolos diri.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Dimanakah kelemahan kita?
Memang jika ditanya mereka yang kuat mengkritik saya percaya soalan pertama yang akan dihamburkan adalah mengapa PBT terus memberi lessen perniagaan kepada kedai-kedai judi ini, mengapa tidak ditutup terus deperti di Kelantan.
Hakikatnya kedudukan politik di Kelantan berbeza dengan di Selangor, walaupun PAS (8 kerusi) bersama membentuk kerajaan di Selangor, namun ianya kerajaan campuran bersama rakan-rakan lain iaitu PKR (15 kerusi) dan DAP (13 kerusi). Tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak berfikir bagaimana mahu melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
Kita menghormati kehendak dan sensitiviti politik kawan-kawan kita, namun ini tidak bermakna kita tidak boleh melakukan tugas dan kerja kita. Cumanya kita perlu memperkasakan jabatan-jabatan tertentu agar penguatkuasaan khasnya terhadap umat Islam dapat dipertingkatkan.
Umno BN telah mewariskan kita Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang mereka luluskan tetapi tidak berdaya menguatkuasakan. Umno jangan cabar-cabar PAS kenapa tidak buat Islam sedangkan mereka juga Islam mengapa judi, arak dan maksiat lain terus kekal semasa mereka memerintah dahulu.
Demi menghormati kawan-kawan kita dalam Pakatan Rakyat kita beri tumpuan terhadap rakyat yang beragama Islam. Matlamatnya bukan menghukum atau mengambil tindakan tetapi memelihara masyarakat dan ummah agar menjadi baik dan selamat dunia dan akhirat. Lalu semua pihak perlu gembeling tenaga ke arah itu. Dalam ruang kecil yang diberikan kita guna-pakai sepenuhnya undang-undang negeri ini agar berkuatkuasa sepenuhnya.
Dalam waktu yang sama para pendakwah kita terus perlu berperanan bukan sekadar di masjid-masjid dan surau-surau tetapi dimana sahaja tempat yang memungkinkah dakwah Islam disampaikan. Saya percaya si pemuda Melayu yang ditangap di USJ1 itu sudah berpuluh tahun tidak mendengar mesej Islam, kerja kita untuk memperbaiki “area” itu.
Begitu juga tindakan bersepadu antara Jabatan Agama dan PBT perlu terus dipertingkatkan. Jabatan Agama mungkin kekurangan pegawai, kita buat tindakan bersepadu dengan PBT agar kekurangan itu dapat disokong oleh pihak PBT.
Dalam pada itu pimpinan kita diperingkat wakil-wakil rakyat, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan JKKK, JKP semuanya perlu menggunapakai kuasa dan ruang yang diberikan oleh jawatan masing-masing untuk menekankan aspek amar makruf nahi mungkar ini. Dalam isu pengharaman arak saya perhatikan sudah ada PBT-PBT tertentu yang telah bertindak proaktif menggunapakai enakmen yang sedia ada.
Di MPSJ contohnya semalam pihak majlis baru meluluskan garispanduan baru terhadap kelulusan lessen premis hiburan dan rumah-rumah urut. Antaranya mengambil dari semangat enakmen ini, semua premis hiburan yang dilesenkan menjual arak selepas daripada ini tidak lagi dibenarkan mengambil pekerja yang beragama Islam. Begitu juga rumah-rumah urut yang dilesenkan yang “unisex” (perempuan mengurut lelaki) tidak lagi dibenarkan mengabil pekerja yang beragama Islam. Lesen-lesen baru yang bakal dikelaurkan semuanya akan mengenakan larangan ini.
Inilah perkara-perkara yang perlu kita fikirkan sebagai sumbangan kita semua terhadap membawa perjuangan Islam di negeri ini setelah kita punya saham berkuasa. Memang idealnya kita mahukan semua premis ini ditutup, judi diharamkan dan lain-lain, tetapi kita perlu mendakap reality yang ada. Apa pun kita jangan berpeluk tubuh tetapi terus bekerja mencari ruang dan peluang yang ada untuk mempertahan dan memelihara Islam.
Mudah-mudahan kebaikan Islam nanti disedari dan mahi dokongsi bersama oleh semua, insyallah
-- from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment