Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, May 26, 2009

Tambah Kelajuan Serigala Api


Memang tidak dinafikan bahawa browser yang kita gunakan untuk melayari internet juga memainkan peranan penting bagi menentukan kelajuan capaian. Contohnya dari kajian di sini, kita dapat lihat bahawa Opera lebih laju berbanding Firefox. Walaupun kajian ini telah lama digunakan, namun ia masih boleh dijadikan sumber rujukan. Ia berkemungkinan disebabkan firefox mempunyai banyak aplikasi add-on bersamanya. Tidak mengapalah jika menggunakan browser firefox, asalkan tidak menggunakan Internet Explorer!

Bagi pengguna firefox, anda masih boleh mengoptimumkan kelajuan firefox anda dengan menggunakan Firetune. Sila ikuti langkah di bawah:

1. Download perisian percuma firetune dari website sini.

2. Unzip file tersebut.

3. Buka file yang telah diunzip tadi dan klik pada file FireTune.exe


4. Adalah disarankan anda backup configuration asal terlebih dahulu dengan mengklik pada "Create backup of configuration".

5. Pilih "computer/connection speed" yang bersesuaian dengan anda. Contohnya sekiranya anda menggunakan komputer dual core/RAM 1GB/internet streamyx, maka pilih sahaja pilihan "Fast computer / Fast connection".

6. Pada tab "other optimizations" dan "other useful settings", anda juga boleh membuat setting tambahan lain seperti:

  • Turn on autocomplete for URLs
  • Optimize Firefox memory usage (dan lain-lain)
7. Klik "Tune it!".

8. Restart Firefox.

Anda boleh menguji sendiri kelajuan firefox anda selepas menggunakan firetune ini. Bandingkan kelajuan sebelum dan selepas menggunakan firetune dengan menggunakan add-on "Load Time Analyser". Tetapi pastikan "cache" firefox di delete selepas setting firetune tadi.


cf-SufianPc

3 comments:

SARJAN HASSAN said...

its cool....

Princess Azah said...

tq awk..bgus information ni..

sufian said...

sila rujuk syarat hakcipta blog saya..terima kasih