Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 25, 2009

Bagaimana untuk memasang Adobe Photoshop CS2 dalam ubuntu?


Sebagai seorang designer, sudah menjadi satu kewajipan untuk menggunakan satu perisian yang diberi nama Adobe Photoshop. Ya, dan saya sangat selesa bekerja dengan Adobe Photoshop CS2. Tapi bagaimana ya untuk melakukan proses instalasi perisian utama Adobe ini?
Setelah mencuba beberapa cara, akhirnya saya berjaya untuk melakukan proses instalasi Adobe Photoshop CS2 ke dalam distro ubuntu saya. Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi pengalaman dan cara saya memasang perisian ini, khas untuk anda...

Perisian yang anda perlu ialah:

1) Wine
2) Original Adobe Photoshop CS2


OK, apa yang perlu anda lakukan ialah:

1) Muat-turun kedua-dua perisian di atas jika tiada.
2) Simpan perisian di Desktop @ lokasi yang mudah untuk dicapai.
3) Install perisian Wine (jika tiada).
4) Beranggapan yang anda sudah menyudahkan proses instalasi Wine, setelah anda extract
fail .ZIP Photoshop, klik kanan pada setup.exe, pilih "Wine Windows Program Loader".
5) Ikut arahan yang terdapat pada skrin.
6) SIAP !! Anda boleh mula proses mengedit gambar, menggunakan Photoshop CS2, dan yang penting, dalam distro ubuntu...











Oh ya, untuk tips:

1) Simpan font yang anda muat-turun ke dalam folder ini jika anda ingin menggunakan font tersebut dalam Photoshop CS2 :
(/home/namapengguna/.wine/drive_c/windows/fonts)

2) Jika anda tidak dapat melihat folder .wine, tekan CTRL+H untuk membuka fail tersembunyi (hidden files).

0 comments: