Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.
Tuesday, May 26, 2009
MALAYSIA KU GILA
catatan RAHMAN ZAMRUD
Lapar dan makan adalah rutin harian manusia, berpuasa sekali pun ada masa dibenar menjamah makanan. Ertinya, ia adalah hak (nak melaparkan diri), ia adalah wajib (berpuasa)dan ia adalah kebebasan selagi tidak menyusahkan orang lain, apa-apa akibat tanggung sendiri. Itu je.
Apa hal pulak dengan mogok lapar di Perak hari ini? Ia jadi masalah kepada polis ke? mereka yang mogok nak menyiksa diri atau memang nak belajar puasa, itu hak dia.
Tapi yang jadi masalah ialah ia dikaitkan dengan "kunjungan beramai-ramai" ke mahkamah sebagai menyokong group 817 ketua kampung yang menfailkan saman terhadap kerajaan BN Perak berikutan telah dipecat tanpa alasan munasabah.
Amatlah malang buat pemimpin PR yang terlibat kerana ziarah secara beramai-ramai ke mahkamah tinggi untuk memberi sokongan moral telah ditafsir sebagai perarakan haram.
Kalau dah ramai yang nak pergi bersama, maka kenalah berhimpun dulu baru boleh bergerak sekali. Malangnya juga ia ditafsir pula sebagai perhimpunan haram.
5 budak pekerja syarikat pengurusan acara juga kena tahan kerana dok asyik pasang khemah. Dia daftar syarikat untuk buat kerja halal, bukan jual tempe tepi jalan hingga ganggu lalu lintas.
Lagi pun pasang khemah atas jalan (dekat bangunan sendiri)biasanya kerja pihak berkuasa tempatan tegur dan saman, atau setidaknya disuruh bayar sewa tempat parking. (untuk makluman khemah tu dipasang di belakang bangunan Ibu Pejabat DAP Perak, memang tempat parking pun)
Malang berterusan nampaknya, budak-budak tu berhenti kerja, jangan pasang dan ada cubaan untuk robohkan. Saja nak bagi soalan cepumas, budak-budak tu kerja dengan siapa? Kalau bosnya melenting, majlis bandaraya nak bayar gaji dan pencen dia apabila kena pecat?
Malangnya lagi, belon gergasi pun kena rampas. Ingatkan segala benda yang sabit dengan perhimpunan dan perarakan di bumi sahaja yang ditegah. Saudara semua kenalah faham, pasal belon tu bukan tertulis Hidup Melayu atau Hidup 1Malaysia tapi dilekat dengan perkataan "Daulat Tuanku", "Bubar DUN".
Ia tidak pun menggambarkan desakan, ia hanya satu pernyataan. Macam juga perkataan Makan Suap, ia hanya satu pernyataan tanpa mendesak orang lain makan suap, tidak juga tuduh sesiapa makan suap.
Entahlah kalau perkataan seperti itu disifatkan pihak tertentu sebagai mencabar, menyebabkan bahaya,membangkitkan situasi tegang, menyemarakkan sentimen perkauman. Orang pakar bahasa pun sudah nak debat. Biarlah.
Walaupun semua 19 orang (termasuk si mamat tukang pasang khemah)yang ditahan sudah dibebaskan sekitar jam 4 petang tadi, namun ia tetap menjadi satu lakaran sejarah yang melengkapkan lagi kisah 1001 malam politik Perak.
Hampir setiap episodnya terngiang laungan "tangkap, tangkap!" dan "lepaskan, lepaskan". Bertenang, saya harus sopan dan ramah dalam menulis, sebab itu tiada satu pun perkataan sumpah seranah dalam tulisan ini. Sabarlah menanti episod seterusnya.
Oh ya, satu adegan yang tidak disebut pun dalam Malaysiakini serta blog-blog jiwa PR atau pun BN ialah Menteri Besar PR, Nizar kelihatan dihalang polis daripada berjabat tangan dengan anggota FRU.
Lagi satu adegan ialah sebaik Nizar bersama pemimpin dan penyokongnya keluar dari bangunan Pas untuk sesi bergambar (selepas khemah terhalang didirikan), polis juga cuba halang mereka menayangkan kain rentang, tapi mereka tak peduli pun.
Episod kelakar ini juga tidak dilapor (ini member media Cina bagitahu), di mana seorang pegawai polis (tak payahlah sebut nama dia) ketika meminta puak PR bersurai telah memberi amaran akan tangkap mereka jika mereka masih tidak bersurai selepas beliau hitung sampai 3.
Nak tahu apa terjadi? Dia hitung dengan cara terbalik 3, 2, 1...la..angka 3 kat depanlah pulak. Orang tidak ambil peduli, lalu dia hitung sekali lagi tapi kali ini dia hitung 1, 2, 3...ni baru betul.
Tapi orang yang sedang menuntut hak ni memang keras kepala dan membatu segalanya, tak juga bersurai. Maka, diarahnya anggota polis membuat tangkapan.
Anda nilailah sendiri antara tanggungjawab yang digalas ahli politik, hak yang dijinjing rakyat dan tugas yang dijunjung polis. Semua ada peranan masing-masing, apa gaduh-gaduh kita semua anak-beranak 1Malaysia.
0 comments:
Post a Comment