Andrew Ong | May 25, 09 3:31pm |
Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor. Kontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp. Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura. Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan. Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhba majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir. Baca berita penuh BS: Bagus.. bagus... menteri yg bijak.. peduli apa black list pun kan.. pegi mati la kije siap atau tidak.. yang penting masyukkkkk...hehehe.. berapa bnyk komisyen? saham ada? dah black list kat jepun dan spore pun boleh dapat projek kat malaysia ek? hehehe... menteri sapa ni? bestnya jadi rakyat malaysia ni bila dpt menteri yg pandai2 mcm ni.. hehehe.. |
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
0 comments:
Post a Comment