Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, May 25, 2009

Antara degil dan bodoh !


Setelah membaca beberapa akhbar hari ini, saya mendapat bahawa BN banyak melemparkan perkataan “degil” kepada PR kerana tindakan beberapa penyokong PR yang dikatakan masih tidak dapat menerima keputusan mahkamah. Maka, sedikit teguran saya kepada mereka yang melemparkan kata-kata tersebut, supaya memahami apa yang dituturkan.

Ramai manusia di dunia ini, tidak kira siapa, memang hebat berkata-kata tetapi kadangkala, dia sendiri tidak tahu apa yang dikatakannya. Kadangkala, dengan kata-kata boleh menampakkan kebodohan seseorang. Kadangkala dengan kata-kata boleh menampakkan kecerdikan. Maka, disebabkan dua perkara ini, terhasillah perkataan degil yang dihadiahkan kepada PR.


Melihat kepada sebab pertama, kata-kata mereka menampakkan kebodohan, sedangkan mereka merasakan mereka itu pandai berkata-kata. Perkara ini akan dijelaskan selepas ini. Manakala sebab kedua pula, mereka merasakan bahawa kata-kata tersebut menunjukkan bahawa mereka seorang yang cerdik. Maka, hasilnya mereka pun melabelkan PR sebagai degil.

Apa pandangan pembaca sekiranya saya mengatakan bahawa orang yang mengatakan PR degil ini sebagai bodoh? Sudah pasti saya perlu kemukakan bukti, dan buktinya akan dijelaskan selepas ini. Sebelum itu, contoh yang boleh difikirkan ialah, wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?

Daripada contoh ini, kita dapat memahami tentang perbezaan di antara degil dan tidak putus asa. Degil digunakan ketika mengaitkan dengan sesuatu yang buruk, manakala tidak putus asa pula dikaitkan dengan satu yang baik. Maka, adakah PR itu “degil” atau “tidak putus asa”? PR tidak dikatakan degil, sebaliknya “tidak berputus asa”, kerana memperjuangkan hak rakyat.

PR memperjuangkan hak rakyat ketikamana kenaikan Nizar adalah berdasarkan pilihanraya. Manakala kenaikan Zambry adalah berdasarkan lompat parti oleh 3 orang tersebut. Sedangkan ketiga-tiga orang tersebut menang pilihanraya atas dasar mereka bersama dengan Pakatan Rakyat. Maka, rakyat di kawasan mereka memilih ketiga-tiga orang ini disebabkan mereka itu PR. Bukan disebabkan individu mereka secara peribadi.

Maka, kenaikan Zambry disebabkan hilang majority bagi Nizar, sedangkan ketiga-tiga orang tersebut, sekiranya mereka memperjuangkan BN, atau BEBAS, sudah pasti mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat. Tidak perlu kita persoalkan kehilangan majority bagi Nizar, sebaliknya, kita persoalkan, bagaimana Zambry boleh naik.

Kesimpulannya, perkataan degil yang ditlontarkan kepada PR adalah tidak berpatutan kerana mereka memperjuangkan hak rakyat. Rakyat memilih ketiga-tiga orang tersebut kerana mereka adalah PR. Maka, selayaknya kita mengatakan kepada PR sebagai tidak berputus asa mempertahankan hak yang diperjuangkan tersebut, bukannya dikatakan berdegil.

Contoh sikap “degil” ialah tindakan Zambry walaupun beliau sudah diSAHkan bukan MB, tetapi masih lagi ingin membuat rayuan. Inilah yang dikatakan degil. Kerana permulaan kisah lagi, beliau telah menang dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan sah. Tetapi hari ini sudah disahkan pula. Maka, kedegilan Zambry untuk mendapatkan jawatan akhirnya berjaya. Maka, sesuailah bagi kita untuk melabelkan Zambry sebagai degil.

Maka, bukti bagi saya untuk mengatakan “bodoh” kepada mereka yang mengatakan degil kepada PR sudah jelas. Inilah buktinya. Mereka bodoh dalam membandingkan di antara benar dan salah. Maka, kata-kata mereka tersebut menampakkan lagi kebodohannya. Saya telah mengemukakan hujah, maka sekiranya sesiapa yang berminat untuk menafikannya, sila kemukakan hujah. Oleh : Dr Fikrah@albanjari online


0 comments: