Mungkin ramai yang telah tahu kaedah menukar dokumen (Word/Powerpoint/Excel/...) kepada bentuk/format PDF. Apabila saya mendapat tahu ada kawan saya membeli CD Adobe Reader Pro 8 semata-mata hendak menukar ke format PDF, terasa saya masih perlu menunjukkan penggunaan PDF Converter ini.
Sebenarnya terdapat berbagai perisian PDF Converter yang percuma di internet. Contohnya somepdf, pdf995 dan lain-lain lagi. Saya biasa menggunakan pdf995, oleh itu saya akan terangkan cara penggunaannya seperti di bawah:
1. Download File pdf995 di sini. Download file "Pdf995 Printer Driver" dan file "Free Converter" tersebut.
2. Install kedua-dua files tersebut.
3. Buka file dokumen yang handak ditukar ke format pdf. Contoh: MsWord file
4. Buka Menu File>Print...
5. Tukarkan pilihan pencetak di "printer name" kepada PDF995. Klik OK.
6. Box "Pdf995 Save As" dibuka secara automatik. Pilih nama file pdf dan lokasi pdf yang akan dihasilkan nanti.
7. Klik Save. Tunggu proses convert dilakukan sehingga selesai.
8. Buka pdf file yang dihasilkan di lokasi yang anda pilih tadi. Siap!
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
hmmmmmmm..nice sharing..tq..
ini merupakan post yang lain citarasanya. amat bagus kerana memang ramai yang tidak tahu. harap anda terus usahakan lain=lain topik berkaitan aplikasi dan download, terutamanya yang free.....
senang-senang jenguk kami di bypass308.blogspot.com
Salam.. di barat dah lama buat mcm ni.. budak2 belasan tahun dah boleh jadi hacker.. kita pandang dari sudut fositif.. klau kita semua mengamalkan sikap sharing segala ilmu yg kita ada, masyarakat akan cepat berubah dan negara akan maju dengan pantas. jangan jadi seperti sesetengah bloggers kita sendiri.. buat blog untuk org tengok. pastu x boleh nak copy dan dikongsi. baik simpan jer kan.. x payah la jadi bloggers. ilmu tu nanti bawak la masuk kubur.. ok bro.. thanks..
minta di link artikel yang berkaitan kepada url blog saya..sila rujuk syarat hakcipta di blog saya..terima kasih :)
Post a Comment