Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, May 27, 2009

Mogok lapar - Sheikh Qardawi: dituntut dalam Islam, Dr. Asri kata ditolak.


Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

" “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …” al-ahkam.net

Posting berkaitan: Dr. Mohd. Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam

2 comments:

Hermonie said...

cuba sedara tengok situasi mogok lapar yang disarankan oleh sheikh qardawi dengan situasi yang menimpa perak sekarang, semasa fatwa tersebut dikeluarkan ia adalah untuk menunjukkan penentangan orang islam kepada orang yahudi, yang menindas orang islam tanpa belas kasihan, maksudnya disini tidak ada kebebasan beragama, tetapi jgn samakan politik diperak, kita negara yang cukup aman, diperintah oleh orang islam dan hendak beribadat pun senang tidak ada sebarang ketakutan, tetapi mengapa disebabkan kita gagal memegang sesuatu jawatan yang diinginkan kita menggunakan mogok lapar.. bukan kah dalam islam ada istilah sabar, bukan ke dalam islam ada istilah ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang, kemana perginya sabar ini. kenapa perlu berkelakuan seperti kanak-kanak, bukankah pru ke 13 cuma tinggal dua tahun lagi kenapa masa yang ada ini digunakan sebaik mungkin berkeja untuk rakyat, bukannya mengucar kacirkan keaadaan politik semasa malaysia...

org umno said...

Bro harmonie.. kenapa x nasihatkan najib, zamry dan umno suruh dia org jangan kacau perak semasa PR perintah dulu? kenapa x suruh mereka sabar sampai pru13? kebebasan agama ke kat malaysia ni klau solat hajat pun kena tangkap? bukan ke mereka2 yg nak memperjuangkan parti yg inginkan keadilan tu sekarang ni ditindas? Yang selama ni ramai kena tangkap kerana masuk ISA tu bukankah zalim namanya. mcm tu x kira ditindas ke? lu tahu atau masa tu lu belum ada semasa kes memali. sape yg kena tindas? bila mana sesebuah parti yg nak memperjuangkan islam tu tidak diberikan keadilan, x dikira ditindas dan zalim ke?