Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, May 28, 2009

Akhirnya Ibu Tahanan ISA Meninggal Dunia

















KUALA LUMPUR [12.05 pm] - Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi. Allahyarhamah Sauda Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah Mohamed Satry (foto) yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping sejak 2001. Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Menurut suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu ibunya yang sakit tenat. "Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau. Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi kawalan ketat lapan anggota polis yang berpakaian preman. Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.

[Betapa hinanya amalan undang-undang di Malaysia pabila ISA masih dianggap relevan biarpun telah diktuk oleh rakyat. Apakah tidak cukup dengan segala undang-undang yang ada untuk mendakwa mana-mana pesalah di negara kita?. Sedangkan seorang pembunuh manusia dan penjenayah terkenal boleh dibicarakan dan tidak dianggap mengganggu keselamatan negara. Bahkan mereka boleh pula menyediakan peguam untuk mempertahankan diri, takkan manusia yang belum tentu apakah kesalahan mereka dan tidak pernah membunuh sesiapa pun ini terus dipenjara tanpa perasaan belas kasihan dihati mereka ini agaknya].

(CF - PDO)


3 comments:

jemarisepi said...

salam....
Innalillahiwainnailahirojiun...
huhhh....salam takziah...

boleh sy bertanya x....?jgn pk yg bkn2 k..sy hanya bertanya & ingin tahu..boleh jelas kan pd sy...
1) tahu x apa pentingnya ISA di Malaysia ni...?
2) baik buruk ISA..?
3) kenapa ISA ader..?
4) bagaimana layanan tahanan ISA jika nak di bandingkan dengan tahanan penjara2 di negara kita nih..

pendapat sy :bg sy ISA perlu ader..bkn untuk menganiaya @ menyiksa tp untuk menghalang,menyelamatkan & menyedarkan pd semua yg syg kn Malaysia..cukup lah saya katakan pepimpin kita x mahu Malaysia jd mcm Thailand..ISA x seburuk yg kita...percaya lah..yg penting kita kena dgr dari semua pihak & pk dari semua aspek..

Maafkan sy....

ANAK TAHANAN ISA said...

Nak tanya jugak pada jari sepi ni.. keluagra awk pernah kena isa x? bapa atau suami? kena tangkap tanpa dibicarakan. Sedangkan pembunuh pun masih dibicarakan lagi.. ini x tau salah apa dan tiada tuduhan apa2 terus jer sumbat dalam kemunting. dgn alasan yg polis sendiri buat. betul ke cara tu? adil ke mcm tu? Rasullah ada ajar buat mcm tu ke? cuba bayangkan awk duduk ditempat mereka.. saya saja2 nak menginanyai awk. kerana saya tahu awk adalah org yg aktif dalam sesebuah parti. awk pandai berpidato. ceramah dan kata2 awk selalu org percaya. lalu saya sebagai sebuah parti merasa tergugat dgn pengaruh awk. awk pula x pernah buat salah. So hanya satu cara saya untuk mengekang kemaraan awk. Iaitu dengan Isa. Saya tangkap awk dan berikan alasan yg awk bahaya pada negara.. x pun saya saja2 kata awk ada menyimpan senjata api. untuk nak dapatkan bukti senjata api bukan susah sangat kan. banyak ada kat balai. Ok .. persoalannya org yg kena tindakan ISA ni x diberi peluang untuk membela diri. Tidak ada perbicaraan. tangkap dan sumbat saja. Salah atau tidak bukan lagi menjadi persoalan.. sbb ISA tidak perlu untuk dibicarakan. Apa perasaan awk? xperlu la ada mahkamah mcm tu. org yg benar2 membunuh pun x kena ISA. ni kena tuduh mcm tu terus sumbat ISA.. ada betul ke? klau awk kata "yes". terpulang.. saya dah kata. perkara ni x kena pada org yg awk sayang atau diri awk sendiri. so boleh la kita takbur dan riak serta merelakan undang2 khafir ini. Saya nak tanye awk lagi..Awk ada bapa yang selama awk membesar dia duduk dalam penjara yg awk sendiri x tau apa kesalahannya kerana x pernah dibicarakan pun? Awk pernah ada ibu yang membesarkan 7 org anak bersendirian tanpa suami hampir sepuluh tahun? Awk duduk menaip sambil makan2.. sambil tersenyum.. tidur pun nyenyak. x fikir susah org kan.. boleh la cakap besar.. yer laa.. tegakkanlan ISA awk tu.. Semoga Allah redha dgn pilihan awk tu.. wallahualam.. wassalam.

jemarisepi said...

isshhh..jgn lah angin wak..maaf kalu sy menyinggung perasaan awk..sy x berniat nak bangkitkan isu..sy hanya ber tny dn memberi pendapat..yer mungkin sy x ader pengalaman mcm awak...tp sy x berniat nak memnyebelahi sesiapa..sy juga x sokong sesapa...saya hanya bertny n mengutarakan pendpata sy..sy bkn cakap besar..nmpk mcm ckp besar ker..?maaf lah,sy bkn mcm tuh..

kesilapan sy lah membangkitkan isu yg sy hny bertna..tu jer..sy nak kan jawapan bukan mcm ni..huhhhhh

apa pun sapa yg terlibat SY MINTA MAAF