Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Thursday, November 10, 2011

PENTERNAK LEMBU BELI KONDO RM9.7 JUTA CASH !!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Untung Bela Lembu - Shahrizat Beli Kondo RM9.7 Juta Bayar Cash!!

Percayakah anda jika diberitahu bahawa sebuah keluarga di Malaysia, yang menggembala Lembu mampu hidup dan memiliki sebuah kondominium mewah yang nilainya RM9,758,140.00?

Percayakah anda jika diberitahu jumlah RM9,758,140.00 itu diselesaikan dengan empat kali bayaran bukannya dalam masa satu tahun tetapi empat kali bayaran dalam masa satu hari!!

Itulah yang dilakukan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang menguasai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)..


Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.


******************

Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Membeli Kondominium Mewah ‘One Menerung’

Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, KEADILAN pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan.

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.

Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH JUMLAH (RM)

2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00
Jumlah RM9,758,140.00

Harga-harga kondominium One Menerung di Bangsar bermula pada RM3 juta dan boleh mencecah RM10.3 juta, bergantung kepada saiz unit yang dibeli.

Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai “hutang” National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC. Ia adalah perlakuan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar. Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas.

Oleh itu, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar. Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

KEADILAN percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku. Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat dengan diketuai oleh Saudara Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN di ibu pejabat SPRM Selangor, Shah Alam pada jam 1130 pagi ini.

Laporan ini wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pimpinan-pimpinan utama ke dalam skandal ini, iaitu:

~Perdana Menteri (yang berbohong kepada Dewan Rakyat);

~Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta);

~Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (yang berbohong dan memberi kenyataan salah di Dewan Rakyat);

~Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (yang mendapat keuntungan dari penglibatan keluarga beliau yang mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan); dan

~Ketua Pemuda Umno/YB Rembau (yang cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah)

KEADILAN juga menyeru agar Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 NOVEMBER 2011


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

Amuraria said...

SAUK MENYAUK BAWAK BAHAGIA KAHKAHKAH ! INI MESTI NASIHAT DARI MAMAK KUTTY KOT !