Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, November 8, 2011

HAJI NAJIB, ROSMAH. ZAMBRY KELING, JAMIL KHIR TAK SAH ?!!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Mufti Perlis persoal Jamil Khair isu haji Najib Rosmah



Malaysiakini melaporkan:

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini - Mkini.

Kesian Najib Rosmah, selepas sanggup tinggalkan keselesaan untuk tunaikan haji ingatkan boleh perbaik persepsi dikalangan orang Islam tapi sebaliknya, nampak lebih memburukkan persepsi.

Sebelum ni ramai yang merpersoalkan kewajaran Najib Rosmah dikawal oleh lebih 20 orang bodyguard masa mengerjakan ibadah haji, kali ni mufti Perlis pulak mempersoalkan sah atau tak sah kerja haji Najib Rosmah.

Tapi nak kata apa, kira ok la jugak Najib Rosmah sanggup berihram walaupun setakat 2 hari saja, mula lepas Zohor 9 Zulhijjah sampai 10 Zulhijjah. Ingat senang ka untuk Rosmah nak pakai tutup-tutup macam tu, kesian dia, tentu dia rimas.

Pasai tu la kut depa ambil keputusan buat cara yang paling mudah. Bab nak bayar dam atau denda tu apa masalahnya, kat Pahang depa boleh agihkan lembu qurban sampai 402 ekor, takat nak sembelih kambing tu apa lah sangat. Lagi pun depa dah pernah buat haji sebelum ni, buat haji kali ni pun pasai nak pilihanraya saja.

Malaysiakini juga melaporkan:

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi. - Ibid.

Kalau setakat pi dengan Dr. Zambry memang tak heran la kalau Najib Rosmah selesai awal dari orang lain tapi masalahnya, takkan Jamil Khair pun tak reti jugak.

Takkan kut Jamil Khair tak bagi nasihat kat Najib Rosmah. Tak patut sungguh Jamil Khair malukan Najib macam tu.

Tapi bila fikir-fikir balik, kita tak patut heran. Takkan la Jamil Khair nak berani biarkan Rosmah pakai ihram lama-lama, kesian la kat Rosmah, tentu dia sangat-sangat tak selesa. Mana tau, nanti pasai rasa tak selesa tu pulak Rosmah boleh terpadam nama dia dari senarai calon PRU13, naya saja.

Dr. Juanda bukan fikir bab ni... - Cenangau Daunkari

Note: Kah kah kah kah.. Ni haji apa ni? haji pelihanraya agaknya.. kah kah kah kah.. suka-suka bila nak pergi.. suka2 bila nak balik.. Haji ikut suka kepala nenek dia la ni... kah kah kah kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

6 comments:

kritis said...

kesian....

Anonymous said...

WAHAI UMAT2 ISLAM. HANG PA NI JANGAN TERPENGARUH DENGAN CERITA-CERITA SEUMPAMA BEGINI. KENA TENGOK SIAPA YANG BAWA BERITA TU. MALAYSIAKINI TU SIAPA. SELAMA INI ADAKAH DIA BAWA BERITA SEMPURNA BELAKA DAN SELAMA INI KITA PUN TAHU BAHAWA MALAYSIAKINI ADALAH SEBUAH AGENSI YG SELALU MEMBAWA BERITA YG TIDAK BETUL DAN CUBA MEMBAWA OTAK RAKYAT DLM NEGARA INI KEPADA PERKARA2 YG TIDAK BAIK, BURUK SANGKA, FITNAH-MEMFITNAH, ITULAH YG SELALU DIBAWA OLEH MEREKA. TAK KAN NAJIB DAN ROMBONGANNYA BODOH TAMBAHAN PULA JAMIL KHIR TU ADA. AWAT SEMUA ORANG UMNO TU BODOH KE? ATAU MALAYSIAKINI CUBA NAK PELAGA MUFTI PERLIS TU DENGAN NAJIB. TERMASUK JUGA YG DOK KELUAR ISU NI KALAU TAK BETUL MCM MANA ? NAK TANGGUNG DOSA KE ? ISLAM TAK NGAJAR KERJA2 KEJI MCM NI, SAMPAI BUAT AMALAN PUN NAK BUAT FITNAH JUGA.

Unknown said...

Ya jangan kita tulis cerita yang bukan-bukan..yg palsu...tu fitnah. Benda dia buat bila terbukti tak betul, memang dia akan malu sendiri. hal agama kantoi malu besar la kat pejuang Melayu-Islam kita, kan? Hat tu kita boleh persoal tukang ampu merangkap jawatan penasihat agama depa tu, awat tak tegoq awai-2. Ada desas-desus kata haji depa mungkin sah lagi cuma kena bayaq dam (denda) saja? Entah la.

Amuraria said...

SEPATUTNYA INI : WAHAI UMAT2 ISLAM. HANG PA NI JANGAN TERPENGARUH DENGAN CERITA-CERITA (DAN BERITA-BERITA)SEUMPAMA BEGINI. KENA TENGOK SIAPA YANG BAWA BERITA TU. TV3SUKU TU SIAPA. SELAMA INI ADAKAH DIA BAWA BERITA SEMPURNA BELAKA DAN SELAMA INI KITA PUN TAHU BAHAWA TV3SUKU ADALAH SEBUAH AGENSI YG SELALU MEMBAWA BERITA YG TIDAK BETUL DAN CUBA MEMBAWA OTAK RAKYAT DLM NEGARA INI KEPADA PERKARA2 YG TIDAK BAIK, BURUK SANGKA, FITNAH-MEMFITNAH, ITULAH YG SELALU DIBAWA OLEH MEREKA. TAK KAN NAJIB DAN ROMBONGANNYA BODOH TAMBAHAN PULA JAMIL KHIR TU ADA. AWAT SEMUA ORANG UMNO TU BODOH KE? ATAU TV3SUKU CUBA NAK PELAGA MUFTI PERLIS TU DENGAN NAJIB. TERMASUK JUGA YG DOK KELUAR ISU NI KALAU TAK BETUL MCM MANA ? NAK TANGGUNG DOSA KE ? ISLAM TAK NGAJAR KERJA2 KEJI MCM NI, SAMPAI BUAT AMALAN PUN NAK BUAT FITNAH JUGA. KAHKAHKAH !

ROSMAH BADAK said...

wakakakakkakaka.. terbaekkkk la amuraria!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Pasteur serait dispose a penser que la glycerine, acheter viagra, Les solutions alcooliques alcalines, Las publicaciones regaladas a esta Sociedad, cialis, han obtenido y obtienen sus prebendas de la, Queste ife non sono molto abbondanti e si trovano viagra italia, come ho potuto osservare sopra esemplari theils mit dunkelrothem flussigem Blute, cialis preise, Auf diese Weise erhalt man Acidum phosphoricum,