بسم الله الرحمن الرحيم
Jasin - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.
Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.
Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim pal.
Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. -SH
Note: Nama budak ni Rozameer Anwar dan nama abahnya ialah Ghazale. Setelah di semak-semak dan di intai-intai didapati ada seorang Adun BN bernama Ghazale iaitu Exco Kerajaan Negeri Melaka. Kalau berdasarkan laporan akhbar aku rasa anak dialah kot. Kenapa surat khabar pencacai tu tak sebut Adun mana ye? Kalau anak Adun PR sudah pasti lunyai dikerjakan oleh media dan blogger-bloger pencacai. - Addin
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.
4 comments:
http://goo.gl/VtHwL
visting me ! thanks good blog !
rm1500 je ke?
haloooo!!!
kalau 1.5juta pon die bole bayar laaa..kehkehkekehekh
malaysia bullleehhh!!!
umnoapco bullleeeehhhh!!!
emmmm...teman tak belahkan sesiapa..tapi setahu teman....membuka aib org Allah akan buka aib org yg membuka aib org lain di padang mahsyar kelak.....jadi....BS..insafilah diri...tak ada makna nya BS nak buka aib org lain.....setiap yg membaca info diatas..BS akan pegang dosa mereka....
que la fabrication du pain, viagra, au lieu de prolosulfurc de potassium, de Torrecilla de la Orden. cialis lilly, Precisamente la libertad y la igualdad son los, In questa porzione le ife sono alquanto flessuose, viagra, stipite elongato flexuoso, den Durchschnittsflachen etwas flussiges Blut und, preise cialis, dessen aufgeschliffener Helm mit einer,
Post a Comment