Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 18, 2011

MRSM SETARAF SEKOLAH RENDAH JENIS TAMIL

بسم الله الرحمن الرحيم



Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.

"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.

Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.

"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.

Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.

"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.

Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.

"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.

"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.

Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.

Note: Kah kah kah kah.. MRSM setaraf Sekolah kebangsaan Jenis Tamil.. kah kah kah kah.. Mana slogan "hidup melayu" umno? Mana pergi PERKASA (persatuan katak semalaysia)? kah kah kah kah.. mana perginya pukida? kah kah kah kah... Penyokong najib banggakan melayu.. najib letak melayu setaraf keling.. kah kah kah kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Anonymous said...

alaa BS.. kalau tunggu awak... RM100k pun belum tentu boleh dapat.....

TaTJ said...

Kena bagi PR memerintah dulu baru ckp wahai anon diatas...jangan dok ckp gitu boh!

Kamal Sanusi said...

Kalau diberi peruntukan yang besar maka ramai cerdik pandai Melayu mungkin dapat dilahirkan. Maka itu adalah mimpi ngeri puak UMporNO kerana mereka akan menjadi sukar utk memperbodohkan rakyat.

Mimpi ngeri ini akan turut dikongsi oleh PERsatuan KAtak SAMalaysia, pukida, geng suka usung kepala lembu yg songkok ajer tinggi tapi pemikiran kontot.

Anonymous said...

da bagi da pembangkang pegang?? ape dapat???

anak mami said...

sebenarnya tak adil keadaan sekarang sebab mrsm hanya untuk anak melayu, segerakan kita jatuhkan BN dalam pilihanraya akan datang supaya mrsm tidak hanya diberikan kepada anak melayu sahaja, keadilan kepada semua, hidup abang mohd sabu (sahabat LGE)