Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Monday, October 17, 2011

BUKU SEX KELAB ISTERI TAAT ANJUR SEKS BERKUMPULAN?

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku Seks Kelab Isteri Taat Anjur Seks Secara Berkumpulan



Kelab isteri taat mencetuskan kejutan demi kejutan di negara kita. Baru-baru ini mereka mengeluarkan buku panduan seks kepada para suami yang berpoligami khas hanya untuk ahli kelab tersebut sahaja.

Laporan mengatakan bahawa buku tersebut menganjurkan para suami berhubungan seks serentak dengan semua para isterinya. Buku tersebut menerangkan bahawa Allah menganugerahkan kelebihan istimewa kepada kaum lelaki untuk mengadakan hubungan jenis serentak dengan semua para isteri mereka.

Buku tersebut yang diberikan judul " Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia" telah diharamkan oleh kerajaan kita dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom berjanji untuk melakukan penyiasatan.

Dengar khabarnya susah untuk mendapatkan buku tersebut sekarang ini. Sudah tentu ianya amat laku di pasaran dibeli oleh semua golongan terutamanya mereka yang muda mudi. Kalau ada sesiapa yang ada lebih koleksinya minta jualkan pada saya.

Buku itu mendapat liputan meluas di seluruh dunia yang menceduk berita daripada AFP. Antara mereka yang lantang membantah buku tersebut seperti biasa adalah kumpulan Sister in Islam yang menganggap Kelab Isteri Taat sengaja mahu mendapatkan publisiti murahan.

Menyentuh mengenai hubungan seks secara berkumpulan atau 'Group Sex' ini, saya ada mendengar cerita para pengamal poligami di negara kita ada yang menjadikan tidur sekali satu katil dengan para isterinya sebagai perkara biasa. Setakat ini saya hanya mendengar pengakuan dari pengamal poligami yang beristeri dua sahaja dan belum lagi mendengar pengakuan daripada mereka yang ada 3 atau 4 isteri. Apa hukumnya kenalah tanya pada para alim ulama. - WartaShubhi

Apa kata ustaz Azhar Idrus?



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

Anonymous said...

sikit hari lagi di ajak buat gang-bang pulak...kah!kah!kah...

Miecyber said...

Tidak arif mengenai perkara ini...

MyKad Gergasi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Hisyam Muhibah said...

maka timbul persoalan, adakah pengikut2 kelab ini atau pertubuhan yang telah diharamkan sebelum ini, melakukan hubngan suami isteri secara berkumpulan?

dengan menggunakan sex, mereka berharap agar dapat memancing tarikan orang awam menyertai kelab atau pertubuhan mereka yang telah diharamkan sebelum ini.

Hisyam Muhibah said...
This comment has been removed by the author.
mahaza said...

hukum dah jelas haram sebab antara perempuan sesama perempuan muslim pun aurat antara pusat dan lutut. cadangan paling gila dan menghina Islam sebenarnya

Anonymous said...

as salam.
saya setuju dgn mahaza.saya pernah belajar tentang hubungan suami isteri dari seorg ustaz (bukan ustaz tu ajar cara nak wat, cuma penerangan tentang perkara2 halal & haram dlm hubungan kelamin.antaranya, jika seorg lelaki b'isteri lebih dari 1, HARAM baginya melakukan hubungan seks dgn isteri2nya secara serentak kerana aurat sesama muslimah spt yg dikatakan saudara mahaza.

nk tau lebih detail, tanya la org yg arif dlm hal ini.jgn sembang2 kedai kopi dengar pandangan org yg bijak b'ckp (tp kurang ilmu atau x de ilmu...)

Ahmad Nordinie said...

betul apa yang ust azhar sebut tu..
tido sama2 xpe..
hubungan kelamin sekali dgn semua bini tu yg haram..