Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, October 21, 2011

BLOGGER UMNO PENIPU MENTERI UMNO BANGANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahmad Maslan desak Lim Guan Eng beri penjelasan.

Peribahasa Melayu ada menyebut ‘mendiamkan diri ini tandanya bersetuju’. Kalau tak betul, dah tentu Lim Guan Eng sudah menyalak dan menafikan laporan beberapa buah blog sejak akhir-akhirnya yang mengaitkan anak Guan Eng yang mencabul rakan sekolahnya ,dan pembayaran RM200,000 untuk menutup mulut mangsa, ujar Ketua Penerangan UMNO ,Datuk Ahmad Maslan.

“Kita minta penjelasan lanjut tentang isu ini jika ada perkara-perkara yang tidak betul dilakukan, maka pihak-pihak tertentu harus membuat laporan polis agar perkara ini dibawa ke muka pengadilan, tidak kira anak siapa tidak kira bapanya siapa.


“Di Malaysia, undang-undang tetap undang-undang. Pada kita, kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang dinyatakan dalam blog-blog itu, ianya sudah dinyatakan tetapi kita nak dengar penjelasan dari pihak Lim Guan Eng sendirilah,” katanya kepada UMNO-Online di Parlimen hari ini mengulas laporan beberapa buah blog yang mengaitkan anak Lim Guan Eng mencabul rakan sekolahnya.

Tambahnya, Lim Guan Eng harus menjelaskan isu ini dalam masa terdekat bagi mengelakkan tohmahan dan telahan orang ramai terhadap mereka.

“Selagi perkara itu tidak dinafikan, selagi itulah perkara tersebut akan disebar luaskan. Oleh sebab itu, dia kena nafi atau dia kena berhadapan dengan kebenaran dan juga apa juga perundangan yang berkaitan dengan kesalahan tersebut,” tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Note: Hang tak mau suruh Rosmah buat penjelasan jugak ke tentang pembelian cincin yang dok heboh kat internet dan blog sekarang ni.. Kalau tak betul hang pi lah tolong buat laporan polis bagi pihak Rosmah tak kira lah dia anak siapa atau bini siapa..

Fitnah Raba Payudara: Anya Sun Corke Bakal Saman Papagomo??

Juara catur yang berusia 21 tahun, Anya Sun Corke yang menjadi mangsa penggunaan gambarnya oleh blogger Papagomo (gambar bawah )untuk memfitnah anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sudah dimaklumkan berkenaan isu tersebut.

Kini hanya masa yang akan menentukan nasib blogger yang sering kali menabur fitnah dalam blognya tanpa rasa tanggungjawab.

Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar.

Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider.

“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini.

Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah kata Goh, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

“Jika saya senyap, ia akan menyebabkan saya, sekolah berada dalam situasi memalukan.

Sangat mudah, jika ia benar-benar, pastinya saya tahu, bukan begitu?

“Tiada pelajar yang membuat dakwaan sedemikian,” kata Goh.



Awal hari ini DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke (gambar atas kiri) dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web - chessbase.com.

Dr Novandri(gambar kanan)antara blogger pro umno yang hebat memfitnah dalam isu ini.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

Puteri said...

apo lo bongap bebeno ni
siapa kata DAP/GuanENg diam diri
sbb xmsuk utusan meloya dikatakn mendiamkan diri???
tak guna sggoh