Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, October 18, 2011

PELAJAR 16 TAHUN KELAR BAYI BARU LAHIR

بسم الله الرحمن الرحيم



BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek - Ameno World


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

Nini Hartini said...

Astaghfirullah..kejamnyeee... sudah lah buat dosa berzina, lepas tu sanggup membunuh bayi yg x berdosa. Bagi org yg mcm saya, nak sgt anak tp xde rezeki lg. betul2 sedih tgk gambar bayi tu :(

Anonymous said...

As salam.

Ya Allah...smlm setakat baca brita je air mata aku dh mengalir. wlupun aku ni lelaki tp aku suka & syg bdk2...aku juga melihat proses kelahiran anak aku.aku mnta kebenaran jururawat utk menyambut ank yg dilahirkan.air mata gembira akan mengalir.

tapi....bila tngok gmbr ni aku menangis. aku x malu m'jadi lelaki yg menangis kerana perkara2 mcm ni.terus lemah kaki aku nk b'jln, lemah lutut nk b'diri...t'gamak bunuh baby tu.dikelar2 smpai t'burai perut.syaitan & iblis mmg menunggu masa yg tepat utk menyesatkan umat Nabi Muhammad s.a.w.

nuRuL said...

KEJAM!

Anonymous said...

sudah tiada lagi peri kemanusiaan di kalangan rakyat...nyawa ibarat kain buruk dibuang2...

hajar said...

Ya Allah, sedihnya tengok bayi tu diperlakukan seperti itu..bayi tu tak bersalah..takde rasa kesian pada bayi tu bila dikelar perutnya??kalau diri dia diperlakukan seperti itu, apa yang dia rasa??kejam kan??

http://permatahatibidadariku.blogspot.com