Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Tuesday, August 16, 2011

PEMIMPIN UMNO TAK TAHU HUKUM APATAH LAGI PENGIKUTNYA


بسم الله الرحمن الرحيم

Umno Pulau Pinang Terkancing Gigi Dengan Kenyataan Mufti Negeri

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. - The Malaysian Insider

Note: 54 Tahun umno memerintah, umat islam di Malaysia jadi semakin jauh dari agama.. Pemimpin jahil.. penyokong jadi bertambah bangang..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

10 comments:

Anonymous said...

bkn tak tahu hukum, org2 munafiq memang begitu, tempatnya nanti dineraka yg paling bawah sekali. krn pangkat dan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja.

Anonymous said...

Yang jadi isu sekarang ni.. sbb diorang ingatkan azan yang tak boleh menggunakan pembesar suara... sbb dalam hadis pun hanya menyebut bacaan al-quran yang tak boleh kalau mengganggu... dah betul tu... ok lah.. tak payah la nak bodoh2 kan orang lagi...

Anonymous said...

Syarat utk menjadi pemimpin umPORNO yg mengikut telunjuk Yahudi adalah "org itu haruslah bangang & jahil dan/atau munafik"

Syarat utk menjadi ahli umPORNO pulak adalah "Mudah dibangangkan & dijahilkan dan/atau dimunafikkan"

Kenapa aku kata macam tu....

SEBAB UMPORNO NI MERASAKAN MEREKA LEBIH MELAYU DARI MELAYU
DAN
LEBIH ISLAM DARI ISLAM

Anonymous said...

senang-senang je nak letakkan hukum pada orang.. senang-senang je nak judge orang.. sedangkan diri sendiri... wallahua'lam..

komandomelayu said...

bila pulak UMNO menolak islam dan ikut telunjuk yahudi?

pemimpin pkr yg bersekongkol dan kongkek korang tak nampak?

selama ni sapa yg bangunkan islam kat malaysia ni?

jangan byk sgt ikut harakah.aku bukan penyokong umno tetapi aku menilai sapa yg betul dan tak betul!

benci pengkhianat bangsa said...

mudahnya memandang rendah pada iman dan amal orang lain. Hanya Allah yang mengetahui siapakah penghuni syurga dan neraka. jangan bongkak dengan ilmu anda saudara bujang susah. Allah benci orang yang sombong macam anda!

Kak Mahh said...

Jika tidak tahu mengenai sesuatu hendaklah kita mencari ilmu itu supaya kita lebih mengetahui dan memahami.

Anonymous said...

abis tu apa hukum kalau kita menyokong memurtad kan org islam.siap membela lagi dan yg mencegah tu dihina

Anonymous said...

http://www.benashaari.com/2011/08/video-murtad-segera-sebelum-didelete.html

Anonymous said...

PEMIMPIN PAS LAGI BANGANG BIARKAN MURTAD DAN MEMBELA LAGI..APA KE JADAH..