Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Friday, July 1, 2011

KTMB TERGADAI KERANA SEKEPING GAMBAR

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengunjung tangisi detik terakhir stesen kereta api Tanjong Pagar



SINGAPURA: Sejurus selepas tren terakhir meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tepat pada 11 malam tadi, Mohd Ayub Embong terus bergerak ke pejabatnya yang terletak 50 meter dari situ.

Di pejabatnya itu, Mohd Ayub, yang merupakan Pengurus Operasi stesen berkenaan, memastikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi menutup operasi stesen itu secara rasmi siap menjelang detik 12 tengah malam.
Segala gerak-geri beliau menyiapkan dokumen terakhir itu diperhatikan dengan penuh minat oleh pengunjung dan jurugambar media yang mahu merakamkan detik-detik terakhir perkhidmatannya di situ.
Walaupun sibuk menyiapkan tugasnya yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam itu, Mohd Ayub itu kerap "diganggu" oleh permintaan demi permintaan daripada pengunjung untuk mengambil gambar bersamanya.



"Terima kasih tuan di atas segala-galanya," merupakan ungkapan daripada pengunjung warga Singapura yang beremosi selepas bersalaman dan berpelukan dengan pengurus stesen Tanjong Pagar yang terakhir itu.

Mohd Ayub hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Ditanya oleh wartawan tentang perasaannya ketika beliau menyiapkan dokumen terakhir sebelum stesen itu ditutup selepas 80 tahun beroperasi, beliau menjawab: "Sudah pasti sedih."
Sepuluh minit sebelum tengah malam, pengurus kanan operasi Stesen Keretapi Gemas, Abdul Aziz Said, memasuki pejabat Mohd Ayub yang semakin sesak dengan pengunjung ketika detik penuh bersejarah itu semakin dekat.

Abdul Aziz adalah pegawai kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab memeriksa semua dokumen yang diperlukan, sebelum operasi stesen itu ditutup secara rasmi.

Selepas memeriksa semua dokumen itu, beliau menurunkan tandatangannya dalam Buku Lawatan stesen berkenaan menandakan semua proses menutup operasi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar itu berjalan lancar.

"Selepas 12.01 tengah malam ini, operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura ini tamat secara rasmi dan tidak akan ada lagi sebarang komunikasi dari stesen ini," kata Abdul Aziz sambil bersalaman dengan Mohd Ayub.

Suasana dalam pejabat Mohd Ayub itu diselubungi perasaan emosi pengunjung yang berpusu-pusu berpelukan dengan Abdul Aziz dan Mohd Ayub ketika jam semakin hampir menunjukkan 12 tengah malam.

Ramai pengunjung dan kakitangan KTMB yang berada di dalam pejabat itu tidak dapat mengawal perasaan, menangisi detik-detik terakhir operasi stesen yang merupakan antara lambang kepada usaha merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Tepat pada tengah malam, Mohd Ayub, Abdul Aziz dan beberapa kakitangan KTMB yang terakhir menarik pintu penutup stesen itu buat kali terakhir. - BERNAMA

Note: Kisah yang diberitakan Singapura ada menyimpan gambar Najib bersama Altantuya Sharibu..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comments:

org Singapura said...

Salam BS
Semuga sehat sejahtera. Dah ada yg hantar sup ketam tak ? he he he

Saya pun sedih tengok kat TV CNA. Sesak ngan warga Spura yg kebanyakkan nya berbangsa Cina. Tapi kita mesti maju kedepan. Kawasan keliling disitu moden tapi tanah KTMB tu..... Maaf kalau saya menyinggung, KTMB seperti tidak dihiraukan oleh yg empunya.
Relakanlah S'pura melestarikan kawasan itu.

Nanti korang tengoklah - sigomen PAP (Pay n Pay) aku buat duit kat situ untuk gaji menteri yg bermillion2 tu. Korang sedih??? kitorang lagi sedih. Baik2 boleh jalan2 free bernostalgia, nanti ada aja alasan kena kopak duit. Apa nak buat kalau semua Melayu lari ke Malaysia apahal kat sini. Takkan nak kasi free2 kan. Cina Spore kebanyakan boleh ngam tapi kadang2 kiasu kiasi macam Melayunye jugak (akulah tu)

Apa apa pun - Selamat datang ke Singapura (Jangan sampai 'ter'overspend sudah)