Bismillahir-Rahmanir-Rahim.. Assalamualaikum... Kepada para pengunjung. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat. Posting-posting dari blog ini tidak terbatas pada satu-satu bab. Ia lebih kepada mengikut citarasa hamba sendiri. Harap maaf jika tidak memenuhi kehendak jiwa serta keselesaan para pengunjung yang berlainan idealogi. Namun hamba tetap menyediakan berbagai label infomasi ( scroll down pada sidebar dibawah dan lihat pada "LABEL" ) untuk dimanfaatkan bersama. Semoga dapat memberi manfaat pada kita semua insyaAllah. wassalam.

JANGAN LUPA TINGGALKAN LINK SUPAYA SENANG AKU NAK MELAWAT DAN FOLLOW KORANG BALIK.. INSYA ALLAH.

Wednesday, June 29, 2011

24 JAM TERANG BENDERANG KERANA TAKUT HANTU ALTANTUYA

بسم الله الرحمن الرحيم



Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Mariah mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu.

Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya. - Mkini

Note: Kah kah kah...Kah kah kah... Memang kat malaysia semuanya BOLEH! Duit rakyat RM12 bilion PKFZ lesap, boleh leboh dalam masa 3 bulan! Duit kapal selam RM500 juta untuk Perimekar dan Najib Altantuya, bisa saja beres! Belanja Najib Altantuya dan Rosmah "Bik Mama" Mansor RM49 juta "melencong" dah berkurun langsai! Tapi satu yang musykil kalau nak cerita... Ada ke bil elektirk untuk "pandi kutty-pandi kutty" di atas sampai RM160 ribu sebulan? Padahal malaon ni kecik je, maklum la pandi kutty kah kah kah... Kah kah kah... Malaysia BOLEH! Jahanam kalau macam ni kah kah kah... Kah kah kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

Puteri said...

mungkin la kot?

pasang lampu satu rumah sebab takut hantu datang time gelap.
haha...

yang tak tahan, macam luar rumah pun pasang sekali.
takut hantu melintas ke?

aduyai.

faryzh said...

160ribu sebulan?mak aih mahal gilak.macam kos untuk 1 kondo je.duit banyak melencong kot..hahaha.

PUPPETS said...

tu rumah ker kilang yek,kalu banyak gitu sure produk pun banyak..tapi produk aper yek